Monitor Rosak untuk dijual. haha

ini yg telah dijumpai kat laman mudah.my

mudah

siap dgn tukul kat sebelah lagi. haha. elok sgt la tu.

mudah2hah ni lagi satu. semua dalam keadaan baik kecuali display takleh on. jadi apa yg semua keadaan baik? hahahah

kadang2 bila tgk balik dalam website tu, dah apekebende segala mak nenek nak jual. kepada yang nak beli tu, survey2 la dulu. kadang2 org yg jual ni ikut harga dia beli bukan ikut harga semasa. contohnya crt monitor dulu2 beli rm400 pastu dia ingt kalau jual rm200 dah murah sgt dah padahal harga tu dah bleh dapat lcd terpakai lagi.

Cek Pertama Dari Nuffnang!

Hoyeah, kembali lagi setelah bersarang blog tidak berhapdet. 2 Hari yg lepas, cek dari nuffnang sampai ke rumah. walaupun tak banyak, namun ia membuktikan bahawa nuffnang bukannya scam.

Cek pertama yang diterima dari Nuffnang

Cek pertama yang diterima dari Nuffnang

Nilainya hanya RM54+ sahaja. Walaupun sikit, kita tak bwk kuar 1 sen pon. Letak iklan kat blog je dah bleh dapat duit dari blog kosong saja2.

sikit2 lama2 jadi bukit. hoho

sikit2 lama2 jadi bukit. hoho

Jadi, kepada anda semua, benda ni boleh dijadikan pendapatan sampingan. Lepas la nak makan snack plate 5 kali. ngahahah

How to gain traffic for your blog 2

graf betul niMasih ramai lagi yang mencari-cari cara untuk mendapatkan trafik untuk blog masing-masing. Apakah motif mencari mencari trafik? Ianya sangat berguna bagi mereka yang meletakkan iklan pada blog seperti Google AdSense, Nuffnang, Advertlets dan sebagainya.

okeh kali ni betul2nya.. haha :D

1. Add your URL to Google
Tambah URL anda kepada Google untuk memudahkan carian enjin mengindex laman anda.

2. Pingler
Salah satu website ping website. Pingler akan mengeping website untuk majoriti carian enjin didunia.

3. Project Petaling Street
haa yg ni version website ping website versi Malaysia. Cubalah

4. Nuffnang Innit
yg ni spesel sket. Khas utuk group Glitterati (Glitterati ni merupakan makhluk yg letak iklan nuffnang SAHAJA). Di Innit Nuffnang, anda boleh promot latest entri anda dimata dunia.

Itu semua cara zahir. mari kita lihat cara batinnya lak

1. Forum
Join la segala forum yg ada didunia ni. bagi femes sket nama anda tu. Jgn join saja2, biar join yg bergaya

2. Komen di Blog
Jgn syok sendiri je. Pegi la komen kat blog org lain jugak. Dgn tak semena2, tuan blog dan org yg lawat page tu pon akan terklik kat link kita.

4. Link Exchange
Bertukar-tukarlah link bersama-sama rakan anda. Ala-ala mcm tukar no phone gitu. Kalau dapat exchange link dgn blog yg femes lagi bagus. Lagi byk trafik dia akan mengalir kepada anda sekali.

5. Kerap Update Blog
Kalau anda nak trafik tinggi, jgn update suka2 hati nak tanak. Kerapkan lah update. Paling lekeh pon 1 minggu sekali. kalo tak tiap kali bukak, visitor tgk tade update terus tak bukak lalu lupa alamat blog kita.

6. Alamat Blog
Alamat blog biarlah ringkas dan menarik supaya org senang nak ingat. Contohnya yahoo dan google. senang nak ingat. Tapi kalo dah ade alamat tu tayah ngade2 nak tukar.

7. Layout Blog
Tolonglah jgn pakai kaler striking2 untuk background blog. Saket jiwa nak membaca.

8. SiteMap (kay yg suruh letak)
sgt penting utk search engine indexing

9. Entri dan Pos
Dan yang paling penting, biarlah entri kita menarik dan berisi. Kadang-kadang entri pasal kehidupan kita pun org suka. Tapi biarlah kehidupan kau menarik la. Kalau dah hari2 mengadap pc, makan dan tido nak menarik hape.

Begitulah diantara cara-cara untuk mendapatkan trafik yang tinggi. Kesimpulannya, lagi byk kita memberi, lagi byk kita dapat (eh.. ada kaitan ke.. ah lantak ah.. ade aku kesah.. cak cak cak)

Flashback

Last entri saya sebelum ke Sabah ialah pada november 2008 bertajuk Fraser Hill. Kemana saya pergi selepas itu sehingga ke sabah? Teruskan bersama saya.

28 – 30 November 2008: Johor Bahru

Perjalanan ke Johor Bahru bertujuan untuk mencari blueprint bangunan lama di Kalam, UTM Johor. Saya, Fendi, Baha dan Lyn bergerak ke Johor pada malam itu. Paginya bangun terus ke UTM untuk mencari blueprint untuk projek akhir tahun dan seterusnya berjalan-jalan dikawasan Johor.

01
Proses mencari blueprint2 yg melambak2 ni

02
kepenatan serta kebosanan mencari blueprint

03
takkan la jalan jauh-jauh semata-mata cari blueprint je. alang2 tu lajak ke Danga Bay.. hoho

30 November 2008: Zarn dan Sue, Batu Pahat, Johor

Zarn merupakan ahli Savoc yg bergiat aktif kawasan utara melangsungkan perkahwinannya bersama orang Penang.

04
Sue dan Zarn

19 Disember 2008: Genting Highland

Ini plan gilak punya.
“apa eh nak buat skang?”
“jom gi genting”
“ok jom”

terus bergerak ke genting. wakakaka.. first drive sampai ke atas skali pada waktu tgh malam. Suasana yang sgt sejuk serta kabus tebal

05
Sapa punya idea tah suh bergambar sebaris. Dari depan: Jerry, Ella, Azman, Nana dan Faizul

26 – 27 Disember 2008: Roslia dan Roslan, Negeri Sembilan

Majlis persandingan diantara Roslia dan Roslan di Kampung Chuah, Port Dickson, Negeri Sembilan.

06
Roslan dan Roslia

Kalau tak silap la, pengantin lelaki berumur 22 tahun manakala pengantin perempuan berumur 24 tahun ketika itu.

28 Disember 2008: Faizal kawen, Kg Gajah, Perak

Esoknya terus bergegas ke Kg Gajah Perak untuk menghadiri majlis persandingan faizal dgn isterinya.

07
Antara perserta-peserta rombongan ke majlis perkahwinan faizal

Seterusnya kami beramai2 berjalan-jalan di Lumut.

08
Pemandangan indah dikawasan padi yg menghijau

09
Beramai-ramai menikmati angin bayu ditepi laut. mcm gheyy je.. wakaka

1 Januari 2009: Adawiyyah dan Izwan, Putrajaya

Majlis Persandingan Adawiyyah dan Izwan di Putrajaya. Adawiyyah merupakan bekas pelajar MMU dalam jurusan Virtual Realiti, batch pertama.

10
Adawiyyah dan Izwan

13 Januari 2009: DM Final

Lepak di kelas budak DM semester terakhir. Mereka kelihatan begitu gembira kerana ini merupakan hari-hari terakhir mereka bergelar seorang pelajar.

11
Apa masalah tatau mamat ni.. ahahah

15 Januari 2009: Genting lagi

Genting lagi. Kali ini bersama budak DM. oh DM stand for Digital Media, one of majoring in Faculty of Creative Multimedia. Oleh kerana mereka dah nak abes. Ini outing untuk meraikan kejayaan mereka.

12
Dari kiri: Cab, fir, ekin, ika, ijan, chim, kaz, faizul

17 – 19 Januari 2009: Sabah

The best ever trip. review pasal Sabah terdapat pada entri sebelum ini

25 Januari 2009: Mus dan Shiba, Kulim Kedah

Majlis Pertunangan Mus dan Shiba di Kampung Padang Tembak, Kulim, Kedah. Saya dan Shiba berkawan sejak dibangku sekolah lagi.

13
Mus dan Shiba pakai baju putih kat belakang tu. Kat depan merupakan kawan2 sejak disekolah

26 Januari 2009: Fauzan kawen, Sg Petani, Kedah

Majlis Perkahwinan Fauzan dan isterinya di Sg Petani, Kedah.

14
ini bukan pengantin. gambar ni ditangkap ketika tgh tido dan ada org lain yg tangkapkan. haha

Sekian, wassalam

Polini Malaysian Motorcycle Grand Prix

Pada 19 Oktober yang lalu, saya bersama rakan-rakan ke Sepang F1 Circuit untuk menyaksikan acara Polini Malaysian Motorcycle Grand Prix. Ianya merupakan kali pertama saya menjejakkan kaki kedalam tempat itu untuk menyaksikan sendiri kemeriahan acara tersebut. Gambar diatas merupakan cubaan menangkap panning shot utk MotoGP. Motor itu terlalu laju dan bising sehingga menyebabkan kepala anda akan menjadi separa teleng untuk menangkap gambar Motor.

Ini merupakan tiket free yang diperolehi dari rakan saya. RM0. Complimentary Ticket. Ada orang jeles sebab dia kena bayar RM80. haha.

Ianya merupakan satu pengalaman yang mengujakan kerana acara ini merupakan acara antarabangsa yang dihadiri oleh ramai warga-warga asing untuk menyaksikan acara ini.

Laman Berikutnya »