Jelajah Utara
Hoolahup! kembali menghapdet blog setelah beberapa hari diluar kawasan. Plan pada kali ini adalah untuk men-foto2 kahwin Safarizal@Gohanz di Arau, Perlis dan pusing Penang serta lajak ke Hatyai. Tetapi, plan ke Hatyai tidak menjadi kerana kekurangan modal. hehe. Okeh, langsung ke penceritaan
28 Mei 2009
Bermulalah perjalanan dari Puchong pada pukul 9.30pg. Sebelum masuk ke lebuhraya, saya menopap touch-n-go di Shell terlebih dahulu untuk mengelak dari kesesakan beratur. Sampai je pintu masuk touch-n-go plaza tol USJ, tetttt.. “kad tidak sah”. ah sudah. sampai la datang staff plus dan menyuruh saya ke touchngo point utk activate kembali kad tersebut dan semesti kena gostan kereta dan beratur mengambil kad transit.
12.30PM. Sampai Plaza Tol Ipoh selatan sambil beratur di Plaza tol dan meluru ke ofis sebelah tol.
Staff: ye bleh saya bantu
Saya: Boleh activate balik tak kad ni
Staff: Sebentar ye (sambil menelefon touch-n-go centre)
Staff: Kad ni dah lama tak guna, kena activate balik. tapi ada 2 tempat je boleh activate, satu di KL Sentral dan satu lagi di Jalan Klang Lama.
Mengapakah staff di tol USJ tak beritahu awal2 sebelum memulakan perjalanan. Sekarang perjalanan dilencongkan sedikit ke Ipoh. Singgah sebentar ke rumah Hekin dan makan tengah hari di JJ Ipoh

Bolognese Spaghetti Kenny Rogers.. I loike
3.30PM. Perjalanan masih jauh dan perlu diteruskan. Dari Ipoh ke Penang. Plan ke Penang untuk tidur satu malam dirumah kakak saya sebelum meneruskan pemanduan ke Perlis.
7.45PM. Sesampai je Penang, kakak saya terus mengajak keluar makan di gerai-gerai makan di Gurney Drive berdekatan dengan bulatan Gurney.

Orang kata kalau datang Penang, mesti try Char Koey Teow
Tapi bagi mereka yang datang ke Penang, tak disarankan datang situ sebab situ takde la sedap sangat. ngahahaha. Baik lepak di Padang Brown. Kalau nak makan Char Koey Teow yang sedap, sila la ke Char Koey Teow yang berdekatan dengan Tokong Ular.
29 Mei 2009
8.30AM. Pagi-pagi nak kena gerak. Meneruskan perjalanan ke Arau Perlis melalui Changlun dan Lebuhraya Kuala Perlis serta mengambil masa 2 jam 30 minit perjalanan dari Penang. Di Perlis, tumpang tinggal dirumah sepupu yang tinggal berdekatan dengan majlis kenduri tersebut.
8.00PM. Menurut pakcik2 kat situ, majoriti penduduk dikawasan itu bernikah pada waktu malam selepas Isyak. Jadi malam-malam ke tempat pernikahan yang berlangsung dirumah pengantin perempuan dan berwalikan bapa pegantin tersebut.

setel sudah
30 Mei 2009
12.00PM. Bergerak ke tempat mekap pengantin. Putra Palace. Hari ini macam biasa la, tangkap gambar sampai ke petang. Outdoor untuk kali ini agak menarik sedikit. Pertama, dikawasan sawah padi yang tengah menghijau serta Jeti Langkawi, Kuala Perlis.

Inilah pengantinnya
Baru perasan, sorang baju oren, sorang lagi baju merah. jadiklah, janji dah kahwin kan. hoho

Bercanda ditepi jeti
31 Mei 2009
12.30PM. Tarikh ini untuk majlis persandingan sebelah lelaki. Majlis ini agak meriah kerana meraikan dua pasangan mempelai yang bersanding secara bergu sambil menaiki kereta kuda bersama rombongan.

kereta kuda inilah yang dinaiki pegantin
Hari juga berlalu seperti biasa seperti Silat depan pengantin, renjis-renjis, foto2 dan juga outdoor. Dan untuk outdoor shooting untuk hari ini, Ladang Tebu Chuping Perlis. Ladang tebu terbesar di Malaysia serta terpanas di yang penah direkodkan 40.1 Darjah Selsius.

Sanding Bergu
7.00PM. Selesai je majlis, terus bergerak ke Penang semula untuk bermalam satu hari sebelum meneruskan perjalan ke KL.
1 Jun 2009
9.00AM. Berjumpa dengan bos lama tempat praktikal dulu serta makan nasi kandar Jamal Tariq, Tg Tokong, bersama beliau.
12.30PM. Asyik mengantuk je bila memandu berseorangan. Jadi mengambil keputusan untuk naik Feri Pulau Pinang dan tidur sehingga sampai ke tanah besar. ngahaha

Inilah feri sejak berkurun lama
Takde la tidur betul2. Sekadar baring lelap mata je. Dan meneruskan perjalanan. Tapi sebelum pulang ke rumah terchenta. Singgah sebentar di Is Kiwie Cafe yang terletak di Seberang Jaya yang menghadap bangunan KWSP.

Free WiFi
Pemilik kedai ini merupakan salah seorang ahli Savoc NRU. Jadi singgahlah sebentar untuk berjumpa rakan-rakan serta minum-minum sebelum meneruskan perjalanan.
3.30PM. Memulakan perjalanan setelah mengepau Smart TAG kakak dan sampai dirumah pada pukul 8.30PM.
Trip to Sabah II – Day 3
Plan utk hari ketiga, pergi ke Tip of Borneo, Kudat dan Dinner di Atmosphere, revolving restaurant di Menara Tun Stephen. Tapi itu hanyalah plan.
10 April 2009
8.00AM. Kali ni gerak awal sikit sebab parking didepan TuneHotels, 1Borneo akan dikenakan tiket bermula pada pukul 8 pagi. Jadi kena bergerak sebelum pukul 8 pagi. Sebelum tiba di Kudat, singgah sebentar di Pekan Taginambur berhampiran SMK Narinang di Kota Belud untuk melihat lagi Gunung Kinabalu di waktu pagi.
8.45AM. Kami tiba didestinasi. Rupa-rupanya dari Kota Kinabalu ke Kota Belud tidaklah begitu jauh. Itupun dengan kelajuan kereta 80kmj. Kalo laju lagi lagi cepat sampai.

Bergambar bersama puncak Gunung Kinabalu
Misi berjaya. Akhirnya dapat lihat dengan lebih jelas diwaktu pagi. Kerana apabila waktu tgh hari, awan mula menyelimuti gunung tersebut sehinggalah waktu pagi keesokkan harinya. Seterusnya kami ke Pekan Taginambur, untuk melihat sungai yang dipercayai sumber airnya dari gunung tersebut.

Air sungai yang sangat jernih
Namun kami tidak berhenti disini sahaja, kerana plan ke Kudat mesti dilawati. Sebelum meneruskan perjalanan balik, singgah sebentar untuk sarapan serta membeli bekalan “jajan” disebuah pasaraya di Kota Belud.

Kota Belud: Pekan Kuda?
10.00AM. Perjalanan diteruskan ke Kudat. Dari Kota Belud ke Simpang Mengayau (Tip of Borneo) mengambil masa lebih kurang 2 jam. Keadaan muka jalan yang tidak begitu baik membuatkan perjalanan tidaklah begitu laju. Terdapat juga kawasan dimana tiada jalan tar. Kereta kancil ini ibarat kereta flinstones yang bergerak begitu perlahan tidak mampu menyaingi kelajuan 4wD di jalan berbatu.

Kalo bas che kiah lalu sini, mau tayar pegi dulu neh
Jadi saya sarankan, sesiapa yang ingin ke Simpang Mengayau, carilah kenderaan yang lebih sesuai sedikit dengan permukaan jalan sebelum anda berjoget sakan didalam kereta Kancil.
12.10PM. Tiba di Simpang Mengayau (Tip of Borneo) dengan rasa gembira setelah mengharungi rintangan yang melanda. Kereta masih lagi dalam keadaan baik. Cuma consumption minyak agak tinggi kerana terpaksa menggunakan gear rendah ketika berada dijalan berbatu tadi.

Tip of Borneo
Ini merupakan kawasan paling utara dikepulauan Borneo ini. Disini terdapat pertembungan Laut China Selatan dengan Laut Sulu. Jika ada berdiri disini, anda boleh menyaksikan 2 arus dari arah berlainan. Kawasan ini tidak sesuai untuk rekreasi mandi-manda.

Tugu yang berada di Tip of Borneo
Disitu juga terdapat sebuah kedai makan untuk pengunjungnya berehat sambil minum air kelapa menyejukkan badan setelah penat datang disini.
Berdekatan dengan sini, terdapat sebuah pantai yang sangat indah dengan pasir halus yang putih serta air biru seperti berada di kolam renang.

Kelihatan Tip of Borneo dari pantai ini
Kawasan ini mempunyai kepadatan penduduk yang sangat jarang. Jadi tidak ramai yang berada disini untuk berrekreasi. Begitu juga di Tip of Borneo, ketika itu hanya 4 kereta sahaja yang berada disitu. Ianya tidak seperti pusat pelancongan di semenanjung dimana semuanya dipenuhi dengan orang ramai.
2.45PM. Mula bergerak balik. Plan seterusnya singgah di Rungus Long House di Kg. Bavanggazo kira-kira 30 minit perjalanan dari Tip of Borneo.

Pemandangan dalam rumah panjang
Bayaran yang dikenakan untuk masuk ke rumah panjang ialah RM5 manakalah untuk student RM2. Didalam rumah panjang ini, kita dapat melihat suasana rumah panjang serta dapat membeli cenderamata yang dihasilkan sendiri oleh penduduk rumah panjang itu sendiri.
4.40PM. Bergerak pulang ke Kota Kinabalu. Tiba-tiba baru perasan yang minyak kereta hampir kehabisan. Stesen minyak berdekatan pula 110KM di Kota Belud jauhnya (berdasarkan GPS). Jadi saya menyasarkan sedikit perjalan ke Kota Marudu hanya untuk mengisi minyak dan meneruskan perjalanan.
Kepada yang menaiki kancil ke Tip of Borneo, dinasihatkan untuk singgah sebentar di Bandar Kudat untuk mengisi minyak full tank kerana selepas itu hanya kelihatan perkampungan dan hutan2 sehingga Kota Belud.
8.00PM. Sampai di Kota Kinabalu, plan utk ke Atmosphere Restaurant terpaksa dihapuskan kerana sunset telah lama terbenam. Jadi plan seterusnya ke Pasar Filipina untuk makan malam.

Ketam bakar dengan Ikan Susu bakar
Dinner itu bukan pengakhiri perjalanan untuk hari ini. Untuk pengetahuan anda, saya hanya tinggal di TuneHotels untuk 3 hari 2 mlm saja. Lagi 1 hari 1 malam berada di luar. Jadi mandi malam di sebuah tempat mandi di sebelah pantai yang berada disebelah jalan ke Menara Tun Stephen.
11.30PM. Bergegas ke CP, Kota Kinabalu untuk menyaksi Fast & Furious 4 dipawagam Growball Cinemax. Tiket hanya RM5 untuk student walaupun tayangan tengah malam sekalipun.

mmg luas la ini wayang
Namun terdapat sebahagian scene cerita tersebut tak dapat tengok kerana ketiduran didalam pawagam tersebut. hoho
2.30AM. Lepak online di McD Shell sehingga subuh. Begitulah perjalanan untuk hari ketiga. Mari nantikan utk hari keempat lak. hehe
Galeri gambar Day 3: http://www.facebook.com/album.php?aid=239819&id=859585441&l=2425cf9785
Trip to Sabah II – Day 2
Okeh mari ke hari yang kedua dalam perjalanan ke sabah hari ini. Pada hari kedua saya merancang untuk ke Kundasang dan Poring untuk melihat Puncak Gunung Kinabalu setelah terlepas peluang pada Trip Sabah yang lalu.
9 April 2009
10AM. Plan nak gerak selepas subuh. Tapi lepas dapat tilam je dah tak hengat dah ape. Pukul 10 jugak bergerak dari Kota Kinabalu. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 2 jam ke Kundasang dgn Kancil 850.

Berhenti rehat di Kalangadan Restaurant. Kira2 30 minit sebelum sampai ke Kundasang. Akhirnya dpt gak keta sewa plat sabah. wakaka
Setelah sampai di Kundasang, saya pun meneruskan perjalanan ke Poring Hot Spring kerana disitu terdapat Canopy Walk. Untuk pengetahuan semua, masuk ke Poring Hot Spring kena RM3/seorang. Namun apabila sampai ke pintu Canopy walk, kena bayar lagi RM3/seorang untuk naik. Bukan itu sahaja, terdapat juga tambahan dimana satu kamera akan dikenakan caj RM5 manakala video kamera lak RM30. Kamera SLR ni gabak nak sorok pon tableh. mmg obvious la kan nak kata tak bawah. haha

kena mendaki dulu
Setelah masuk pintu kaunter tiket canopywalk, kita kenalah mendaki bukit. Ingatkan masuk2 dekat je dgn kanopiwalk. Namun terpaksa mendaki bukit sejauh 450 meter untuk sampai ke Canopywalk. 450meter bunyi mcm dekat, tp jika dicondongkan, mak aih tinggi bebenor. Sian kat Amei kena panjat bukit dgn wedges baru dia. hoho
Akhirnya, sampai jugak ke Canopywalk. ataupun dengan erti kata lain, jambatan gantung. Tinggi dan best. merentasi hutan pada ketinggian pokok serta bermain goyang2 jambatan bersama Amei. Sangat menyeronokkan. hehe

Tinggi dan menakjubkan
Dah pandai panjat, pandai la turun bukit la yer. Setelah penat mendaki tadi, penat tu hilang lepas naik canopy walk. tapi penat tu datang kembali sebab kena turun bukit balik. Memang hancur la wedges dia tu. haha

Kegembiraan ketika sampai dihujung jalan
Disitu juga terdapat Taman Rama-Rama. Tapi masuk pon kena duit jugak. hah tapayah la masuk. Terus bergerak keluar ke kereta. Tiba-tiba..

Harap maap, imej kurang jelas. paparazi
Tiba-tiba terserempak dgn Aidid Marcello sedang membuat rakaman mengenai tempat peranginan disitu. Tp gua segan la beb nak bergambar dgn dia. tangkap curi2 je la..wakaka..
Seterusnya bergerak balik ke Kundasang. Lapar yg datang menjelma dari perut menyebabkan kami berhenti singgah disebuah restoran makanan halal disitu. Nasik goreng Ayam serta air sejuk menjadi pilihan makan untuk kali ini.

Lapar sgt. tak sempat ambil gambar makanan.. hoho
Setelah kenyang, kami pun meneruskan perjalanan ke bandar Kota Kinabalu sebelum gelap, kerana jalan disini apabila gelap sangat merbahaya. [Waktu mula bahaya: 6PM]
9.30PM. Plan seterusnya dinner di Kampung Nelayan, kerana terdapat yang mengatakan bahawa tempat tu kategori “must visit” jika anda berada di Kota Kinabalu. Jadi saya pun pergi la ke tempat tersebut.
10.00PM. sampai dan terus order makanan. Disitu juga terdapat buffet. Tp tempat buffet itu telah tutup kerana waktu operasi restoran tersebut hampir tutup. Ini kerana kedai-kedai diseluruh Kota Kinabalu tutup awal.

Udang Butter dgn Ikan Merah masak Thai Style
Thai Style? hah belasah je la. Nampak menarik kan. Tapi rasanya, alahai.. biasanya rasa. Sedap lagi kat pasar philipphine. Lepas makan tgk bil. Mak oih, RM135. Tisu pon caj RM1. ha.. kepada yg rasa nak try2 tu. tapayah la. baik korang pi pasar filipina lagi sedap dan murah.

Pandangan dari depan Restoran Kampung Nelayan
11.ooPM. Jalan ke restoran itu gelap. Signboard pon tidak kelihatan. Jalan mana harus ku guna untuk pulang ke pangkal jalan. Tiba-tiba teringat GPS hp didalam poketku (eksyen ni.. haha). Oh GPS, dimanakah bandar Kota Kinabalu. dia menjawab “300metre ahead, turn left and drive 4.5km before reaching destination”

Oh kakak ku, jgn jeles tau..ahahah
Malam masih muda. Takkan la nak tido awal kot time jalan-jalan. jadi saya mengambil keputusan untuk lepak ditepi pantai. Pantai itu tah apa nama tapi ianya berada disebelah jalan ke Menara Tun Stephen.

Masjid Jamek KK
Apabila saya lihat kembali gambar yang saya ambil, saya mendapati bahawa saya telah merakam sekali puncak Gunung Kinabalu secara tak sengaja. Rupa-rupanya Puncak ini boleh kelihatan di Kota Kinabalu jika cuaca baik.
11.50PM. Pulang ke hotel berehat untuk perjalanan keesokkan harinya. Entri untuk hari ketiga akan muncul kemudian. Selamat membaca.
Galeri gambar Day 2: http://www.facebook.com/album.php?aid=239535&id=859585441&l=e285e5be6c
Selamat Pengantin Baru Farhan & Baizura

Ketika Majlis Persandingan
Majlis ini berlangsung di Perdana Ballroom, Pandan Lake Club pada hari Sabtu 28 Mac 2009.
Farhan merupakan kawan ketika dibangku sekolah menengah di SMK Sultan Badlishah, Kulim, Kedah, dahulu. Kali terakhir saya berjumpa dengannya pada tahun 2002. Kini, berjumpa kembali setelah 7 tahun dan beliau kini bergelar Leftenan Madya Farhan TLDM. wow!
Sekali lagi saya ucapkan Selamat Pengantin Baru. Semoga kekal ke anak cucu (ayat default tiap kali kenduri
)
Kepada rakan-rakan yang mengenalinya dan tidak dapat hadir pada majlis tersebut, anda bolehlah melihat gambar ketika majlis tersebut diSINI.
Hari-hari penuh
Pada hujung minggu lalu, ketika saya dalam perjalanan ke satu majlis perkahwinan untuk sesi fotografi, saya terjumpa satu kedai yang bernama Restoran Hari-Hari Penuh di Klang, Selangor


Kadang-kadang kita jarang terfikir benda yang sangat obvious. Kreativiti pada nama mengatasi ke-poyo-an nama merupakan salah satu daya penarik sebuat kedai tersebut.



