Maybankard Visa Debit

Hari khamis yang lalu, saya telah membuat Maybankard Visa Debit di Maybank Bukit Jambul, Penang. Caj RM12 akan dikenakan untuk meningkatkan taraf kad ATM biasa kepada kad Visa Debit dan akan siap pada ketika itu juga. Pantas dan efisien.

Ini merupakan kali pertama saya menggunakan Visa Debit, jadi setiap transaksi amat mengujakan.

Transaksi1: Isi Minyak
Masuk kad dan terus isi minyak. Perkara ini amat memudahkan transaksi untuk pembelian minyak. Tetapi harus diingati, setiap transaksi akan akan ditolak RM150 sebagai Pre-auth Debit. Jika kita mengisi minyak RM50 pada hari itu, baki RM100 akan dikembalikan kepada akaun kita beberapa hari selepas itu.

Transaksi2: Belian barangan komputer
Kita boleh membayar dengan Visa Debit dimana-mana kedai yang mempunyai logo Visa. Jadi tidak perlu untuk mengira wang didalam dompet dan memudahkan transaksi pembelian kita.

Transaksi3: Pengeluaran wang di ATM
Maybankard Visa Debit juga bertindak seperti kad ATM dan memerlukan pin utk pengeluaran wang tunai. Setiap pengeluaran ke-4 dan ke atas akan dikenakan 50sen bagi setiap pengeluaran. Anda disarankan untuk mengeluar nilai yang banyak dalam skali transaksi atau memperbanyakkan penggunaan kad.

Dengan Debit kad ini, tidak perlu lagi risau membawa nilai yang besar untuk membeli seperti contoh, komputer riba, telefon bimbit yang mampu mengundang bahaya kepada pembawa wang tunai yang besar. Gunakan cara bijak berbelanja dan siap transaksi anda direkod dan memudahkan anda menilai pembelian yang telah dilakukan.

Comments (13)

Nanie MKSeptember 14th, 2008 at 8:20 pm

ape beza die ngan tune card tu?
besides, my fren kate pakai debit card ni susah sket. sbb cam x sme tempat accept? or something like that.. but then u ckp any place ade visa leh pakai.. means kalau beli barang on the internet pun bole la kan?

[Reply]

EjonSeptember 15th, 2008 at 10:00 am

sama je dgn tune card sbb tune card pon pakai visa gak.
semua tempat dia accept tapi mesti tempat yg ada logo Visa, kalo tempat mastercard dia tak accept la. Nak beli barang kat tenet pon bleh sbb kad tu mempunyai nilai digit yg sama dgn credit card

[Reply]

zSeptember 15th, 2008 at 10:40 am

apa beza debit card ni dengan lepat pisang?
cam takde perbezaan pun

[Reply]

EjonSeptember 15th, 2008 at 10:47 am

:roll:

[Reply]

noraSeptember 15th, 2008 at 12:50 pm

sekarang aku rase lg senang gune bankcard…
hahahahha…gaji masuk bank trus leh shoping..tak yer nak kuar2 duit cari ATM bagai..
lagi pun nak pakai debit card kene plak topup2 duit…huhuhuhu..leceh….

[Reply]

EjonSeptember 15th, 2008 at 12:54 pm

cik oi, yg ni debit maybank.. masuk gaji terus shopping lerh tayah nak gi ATM dah.. yg kena topup tu mcm tune money.. hoho

[Reply]

noraSeptember 15th, 2008 at 2:08 pm

hahhahhaa…owh tu debit maybank ek..aku ingat die debitcard cam tune money tu…d sebabkan gaji aku masuk trus kat hongleong n bukan maybank..aku tak terbayang lak yg ko maksudkan itu bankcard maybank..muahahah..so letak kat ctu bankcard maybank ek..br aku clear..wakkakakakaka

[Reply]

anotSeptember 15th, 2008 at 8:47 pm

bukan dah terang2 ade LOGO MAYBANK ke kat pic tuh?
haha.
a ah jon sgt senang sbb aku pon gune cume yg bengangnye ade cas 50 sen je tuh! hahahaha..

[Reply]

Gravatar IconEjon
reply on September 16th, 2008:

dia nak menggalakkan kita lebih mengunakkan dari mengeluarkan dari ATM. hehe

[Reply]

lynSeptember 16th, 2008 at 12:14 am

x pelah .. aku bukannya nk belanja sakan pong.. setakat nk beli gule2 kat mini mart hb3 gune duit syiling 50 sen pun bleh :razz:

[Reply]

totinxSeptember 16th, 2008 at 4:16 am

tak paham
kat sini takde pon
tapi takpelah
okelah bagusla
eh eh i ternampak flyers di sebelah
thankssss youuuuu
hehek

[Reply]

mr.eims @ savocSeptember 26th, 2008 at 8:30 am

member aku baru buat jugak kelmarin..

soalan aku..kalu beli barangan eletronik cam komputer ke, dia ada cas example 2% kat kedai tu tak macam guna kredit kad.? :shock:

aku pun rasa cam nak buat.. :smile:

[Reply]

EjonSeptember 26th, 2008 at 11:41 am

tp kalo tak silap la.. dia ikut kedai

tp hari tu beli barangan komputer, takde pon caj admin.

[Reply]

Leave a comment

Your comment