Majlis Pelancaran & Pengumuman Filem ‘Ratu The Movie’

Petang tadi berlangsungnya Majlis Pelancaran & Pengumuman Filem ‘Ratu The Movie’ bertempat di Cyberview Lodge Resort & Spa di Cyberjaya. Di dalam majlis ini, diperkenalkan ‘ratu-ratu’ terpilih serta pelakon-pelakon yang terlibat dalam filem tersebut.

Filem ini diterbitkan oleh LineClear Motion Pictures dan akan diarahkan oleh Prof  Madya A. Razak Mohaideen bergenrekan ‘Adventure Thriller’

Ratu The Movie

Barisan Ratu-ratu sebelum pemilihan

Barisan Ratu-ratu sebelum pemilihan

Eizlan Yusoff serta isteri. Tapi wife dia tak berlakon la. hehe

Eizlan Yusoff serta isteri. Tapi wife dia tak berlakon la. hehe

Barisan Pelakon yang akan membintangi filem 'Ratu The Movie'

Barisan Pelakon yang akan membintangi filem 'Ratu The Movie'

test3

Cerita Baru

Apa khabar kepada semua pengunjung blog ini. Sudah lama blog ini tidak dikemaskini berikutan kerja yang datang bergolek-golek untuk disiapkan. Terdapat pelbagai cerita yang ingin dikongsi, tapi kita kongsi satu cerita dulu hokeh!

Cerita 1
Pada 7 Oktober yang lalu, laptop aku, Mr. Compaq mengalami kerosakan dimana secara tiba-tiba. On je lepas 1 saat blackout balik. Macam2 dah buat, cucuk plug, cabut bateri, pasang bateri, betulkan ram, tapi tak boleh on jugak. Sampai sejam try takleh jugak. givap sambung esok.

Keesokkan harinya, masih tiada perubahan, on sesat lalu blackout. Perkara ini berlarutan sehingga 4 November (hampir sebulan). Niat dihati ingin hantar repair di HP Tower. Cek dulu sebelum gerak, masih tidak boleh on.

Tiba dikaunter HP,
“Masalah ape ye encik” kata pegawai dikaunter itu,
“ini laptop takleh on la” balas aku lalu cuba untuk menunjukkan kepada beliau apa yg berlaku.

Tiba-tiba laptop aku boleh on plak!

aik, punya la berabad takleh on, sampai je service center je bleh on? Lalu aku pulang dengan perasaan yang tidak ketahuan.

Sekian

Liyana Jasmay – Aku Tak Percaya Cinta

Oleh kerana terlalu bz nak update blog, taruk vclip baru ni sudah.. hehe

Cek Pertama Dari Nuffnang!

Hoyeah, kembali lagi setelah bersarang blog tidak berhapdet. 2 Hari yg lepas, cek dari nuffnang sampai ke rumah. walaupun tak banyak, namun ia membuktikan bahawa nuffnang bukannya scam.

Cek pertama yang diterima dari Nuffnang

Cek pertama yang diterima dari Nuffnang

Nilainya hanya RM54+ sahaja. Walaupun sikit, kita tak bwk kuar 1 sen pon. Letak iklan kat blog je dah bleh dapat duit dari blog kosong saja2.

sikit2 lama2 jadi bukit. hoho

sikit2 lama2 jadi bukit. hoho

Jadi, kepada anda semua, benda ni boleh dijadikan pendapatan sampingan. Lepas la nak makan snack plate 5 kali. ngahahah

Update Kombo

Sudah lama rasanya blog ini tidak dikemaskini. Ianya semua disebabkan oleh kebizian yang melanda secara tiba-tiba. Mari kita lihat apa yang berlaku sepanjang tidak update blog ini.

10 Jun 2009

Lagi sekali menjelajah utara untuk kali kedua bulan ini. Kali ini majlis persandingan berlangsung di Alor Setar pada keesokkan harinya. Sebelum sampai ke Alor Setar, singgah sebentar di Ipoh untuk makan tgh hari. Kemudian perjalanan diteruskan sehingga ke Gurun untuk bermalam.

11 Jun 2009

Bergerak seawal pagi untuk mula menangkap gambar pengantin. tangkap2 punya la tangkap sampai la ke malam.

Alor Setar

Alor Setar

Malam tu pulak plan nak balik KL terus sebab pada 13hb ada majlis yang lain. Tetapi ketika dalam perjalanan balik, perasaan mengantuk datang secara tiba2. Lalu menelefon sedara mara yang berada di Sg Petani untuk tumpang bermalam.

12 Jun 2009

Pagi yang segar. Perjalanan balik kemudian diteruskan. Sempat singgah di Ipoh untuk makan tgh hari di Greentown Mall. Bergerak dari Ipoh pukul 4 petang dan sampai rumah pukul 8.30 malam. Perjalanan mengambil masa yang lama kerana kebosanan lalu membawa 100kmj, maka lambat la sampai. tapi biar lambat asal selamat.

13 Jun 2009

Pagi seterusnya, majlis persandingan Boss & Malin di Puchong Selangor. Rasa penat yang melanda belum habis ditambah dengan rasa penat lagi. Majlis ini walaupun simple, tapi ahli keluarga mereka sangat sporting dan kreatif dalam membantu dalam sesi fotografi.

Berlompat sakan di jambatan di Putrajaya

Berlompat sakan di jambatan di Putrajaya

Hari tidak habis begitu saja. Sejurus selesai sesi fotografi majlis tersebut. Saya terus mencapai kunci kereta dan menuju ke Genting Highland.  Salah seorang kawan saya mempunyai rumah disana dan mengajak untuk BBQ farewell sempena seorang kawan yang akan pulang ke Iran.

Genting

Genting

dan bermain Playstation dan pelbagai lagi sebelum tidur.

Begitulah ceritanya yang berlaku. selamat membaca

Nota: Kepada client-clientku yg mungkin membaca blog ini, maaf kerana keterlewatan dalam menyiapkan kerja

Page 3 of 3112345...Last »