[Gambar] Garmin Mobile XT Screenshot
Entri ini merupakan tambahan kepada Entri Memasang Garmin Mobile XT pada Samsung i550w. Bagi mereka yang belum pernah menggunakannya, disini akan dapat melihat betapa mudahnya menggunakan walaupun anda baru pertama kali.

Butang “Where to” untuk mencari tempat yang ingin dituju.
Contohnya anda ingin mencari stesen minyak yang terdekat

Garmin akan menunjukkan laluan kepada anda.
Ianya juga dilengkapi dengan cuaca terkini ditempat anda.
Penggunaan software ini akan memudahkan anda mencari tempat walaupun anda tidak biasa dengan tempat tersebut. Sesetengah software GPS lain hanya menunjukkan peta dan alamat semata-mata.
Perhatian: Data pengumuman cuaca memerlukan sambungan internet.
Bantuan Anda Diperlukan Segera
NUR AISHA SOFIA BT MOHD HUSAIF, anak perempuan kepada saudara kita, yang berusia 9 bulan dan masih belum mengenali dunia, menghadapai masalah kegagalan jantung untuk berfungsi dgn sempurna.
Mengikut Doktor yg merawat, anak beliau dikehendaki menjalani pembedahan secepat mungkin. Dan kos yg perlu ditanggung untuk pembedahan ini berjumlah RM45,000.
Sumbangan boleh di salurkan ke akaun Maybank beliau seperti tertera di bawah
MAYBANK 1572 9602 6974
MOHD HUSAIF HUSAIN
Anak beliau boleh dilawati di wad kanak-kanak, Tkt 5 Gleneagles Medical Center, Pulau Pinang.
Hubungi beliau di talian 0174534705

Aisha

Aisha

Aisha
Pautan Berkaitan:
- Help Save Nur Aisha
Terbaru
Syukur kepada Allah SWT, dgn campur tangan YB Liew (Parlimen Bukit Bendera) yang bertindak sebagai penjamin kepada adik Aisha, dan sumbangan dari beberapa kenamaan dari Pulau Pinang, dengan hasil usaha beliau berbincang dengan CEO Gleneagles Medical Center (GMC), adik Aisha telah berjaya menjalani pembedahan pada pukul 1 petang tadi.
Pembedahan tersebut berjalan selama 8 jam dan berakhir pada pukul 9mlm tadi. Sungguh pun begitu, masa 24jam selepas pembedahan ini adalaha masa yg paling kritikal yang menentukan samada adik Aisha kita berjaya atau tidak diselamatkan.. sama-samalah kita berdoa semoga beliau selamat mengharungi 24 jam yg kritikal ini.
Sumbangan dari kenamaan2 yg berjumlah RM10ribu diterima oleh GMC sebagai bayaran pendahuluan. Husaif atau Isz masih memerlukan rm35ribu untuk menyelesaikan hutang sekaligus membalas budi YB Liew yg sanggup campurtangan demi perikemanusian.
Sama-samalah kita teruskan usaha untuk mengumpulkan dana tersebut.
Selamat Hari Ibu
Tidak terlambat untuk meraikannya kerana hari ibu sepatutnya disambut setiap hari dan bukannya hanya sehari kemudian dilupakan
Disini ingin saya kongsi bersama anda semua, cerita mengenai kita semua..
Bila dahaga, yang susukan aku….mak
Bila lapar, yang suapkan aku….mak
Bila keseorangan, yang sentiasa di sampingku.. ..mak
Kata mak, perkataan pertama yang aku sebut….Mak
Bila bangun tidur, aku cari….mak
Bila nangis, orang pertama yang datang ….mak
Bila nak bermanja, aku dekati….mak
Bila nak bergesel, aku duduk sebelah….mak
Bila sedih, yang boleh memujukku hanya….mak
Bila nakal, yang memarahi aku….mak
Bila merajuk, yang memujukku cuma….mak
Bila melakukan kesalahan, yang paling cepat marah….mak
Bila takut, yang tenangkan aku….mak
Bila nak peluk, yang aku suka peluk….mak
Aku selalu teringatkan ….mak
Bila sedih, aku mesti talipon….mak
Bila seronok, orang pertama aku nak beritahu…..mak
Bila bengang.. aku suka luah pada..mak
Bila takut, aku selalu panggil… “mmaaakkkk! ”
Bila sakit, orang paling risau adalah….mak
Bila nak exam, orang paling sibuk juga….mak
Bila buat hal, yang marah aku dulu….mak
Bila ada masalah, yang paling risau…. mak
Yang masih peluk dan cium aku sampai hari ni.. mak
Yang selalu masak makanan kegemaranku….mak
kalau balik ke kampung, yang selalu bekalkan ulam & lauk pauk…..mak
Yang selalu simpan dan kemaskan barang-barang aku….mak
Yang selalu berleter kat aku…mak
Yang selalu puji aku….mak
Yang selalu nasihat aku….mak
Bila nak kahwin..Orang pertama aku tunjuk dan rujuk…..mak
Kenapa Saya Suka Lepak MMU Cyberjaya
inilah sebabnya
Server Dalam Malaysia
Server New York, US
Nota:
- Belum lagi time cuti ni. kalo cuti lagi la mantop ![]()
- MMU stands for Multimedia University
- MMU is TM’s University
Amax Wimax – Another Wimax Provider
Kali ini menceritakan lagi satu jenis pembekal wimax iaitu Amax. Pembekal ini jugak seperti P1 cuma bezanya P1 membekalkan lebih awal dari Amax. Terdapat promosi untuk student dimana mereka hanya perlu membayar RM60/sebulan untuk kelajuan sehingga 1Mbps
Untuk pakej ini, Modem USB akan dibekalkan. Terdapat juga pakej lain membekalkan produk yang lain seperti Multi-User Modem dan Indoor Antenna. Maklumat lanjut mengenai pakej boleh didapati dilaman Amax
Namun bukan semua tempat mempuyai coverage untuk wimax ini memandangkan ianya masih baru. Di Puchong sahaja pun hanya terdapat disekitar IOI Mall. Ianya makin bertambah akan bertambah dari semasa ke semasa.
Kepada yang menggunakan Amax, silalah berkongsi mengenai kelajuan dan kestabilan pembekal tersebut.



