Pelajar Tahfiz jual ubat?

ubat
Mencari pembeli

Gambar ini diambil disalah sebuah kawasan RnR di Melaka. Ketika itu, saya bersama keluarga sedang berehat setelah beberapa jam perjalanan. Tiba-tiba kami didatangi 2 orang kanak-kanak menjual balm (kalau tak silap la).

Ibu saya sempat menanyakan kepada kanak-kanak tersebut. Mereka mengatakan bahawa mereka pelajar Tahfiz datang dari Kedah disuruh untuk menjual ubat untuk menampung fund organisasi tersebut.

Jika dilihat kembali, kenapa kanak-kanak dipergunakan untuk keuntungan sesetengah pihak? Siapa yang patut bertanggungjawab dalam hal ini? Kalau benarlah ianya untuk kos organisasi tersebut, kenapa ubat yang dijual oleh pelajar itu sendiri? Bagaimanakah pelajar tersebut ingin menumpukan perhatiannya dalam Tahfiz jika dia disuruh menjual? Bukankah Jabatan Buruh tidak membenarkan kanak-kanak bawah 18 tahun berkerja.

Renung-renungkanlah

Updates 23/3 10.30PM
Terdapat 2 orang menjual produk yang sama di RnR Jejantas Sg. Buloh

Dibawah kategori Life · Dengan Tag , , , , , ,

Komen

9 Respon to “Pelajar Tahfiz jual ubat?”
  1. nieja berkata:

    kat s.alam ni pon
    byk cmtu ejon..
    tu la, xpham btol i..
    tapi mcm kesian kan tgk
    diorg..

    Balas Komen Ini

  2. afra berkata:

    maaf ya, ingin menegur…

    berkenaan dengan umur kanak-kanak bekerja diatas..
    jabatan buruh membenarkan kanak-kanak berumur 16 tahun ke atas bekerja.

    Buruh dibawah umur 16 tahun adalah dilarang sama sekali…

    This is what I’ve learned and read…

    Balas Komen Ini

  3. Ejon berkata:

    nieja,
    dinegara ni, seboleh2nya kesempatan diambil kepada org lain. yg slalu terkena ialah yg kurang berpengetahun dan terus hidup dalam kesusahan

    hye afra,
    ini bermakna kanak-kanak tersebut dilarang sama skali. Kadang2 rasa kesian pada mereka

    Balas Komen Ini

  4. nizamKhir berkata:

    merata lah ada depa ni.. tapi tak leh nak kata la banyak maahad tahfiz persendirian perlu mencari sumber kewangan sendiri ..

    Balas Komen Ini

  5. nieja berkata:

    erk.. bwah 16thn?
    bkn bwah 18thn ke?
    setahu i plak bwah 18thn.

    Balas Komen Ini

    Gravatar IconEjon berkata:
    Mac 27th, 2009

    kalo berdasarkan gambar diatas, budak2 tu kelihatan berumur dalam 12-14 tahun camtu

    Balas Komen Ini

  6. anot berkata:

    tak kesah la bawah ape pon.. bawah aku ke bawah pokok ke yg penting jgn pakai budak2.. diorang kan budak2 sekolah kene la belajar bukan jadi penjual ubat.

    haritu budak umo 8 tahun.. aku ulangi 8 tahun.. kecik lagi siak jual balm. aku beli balm tu pastu aku bg duit lebih ckp kat die ” amek rm5 ni simpan buat belanje,jgn bgtau org”

    sebabkan.. budak tu comel. rasa nak ciom. sebaek la pelajar tahfiz. kakakka
    weh.. tak insap ke dulukan ade rombongan dari utara naek van lepas menjual2 segala eksiden mati. tak sedar kaaaa mereke sme ni? sakai da. sian do.. tp kekadang gua rasa nak lempang je budak2 yg tunggu depan bank. lepas cucuk bajet nak suh beli kalendar die la tu.

    hahahahha

    Balas Komen Ini

    Gravatar IconEjon berkata:
    Mac 27th, 2009

    ada skali kes dimana mereka menjual kalendar distesen minyak.

    lalu bapakku memberikan rm3 kepada bdk tu dan berkata “nah dik tayah la jual ni, ambil ni buat belanje”

    tp budak tu dgn selambe menjawab “SAYA BUKAN MINTAK SEDEKAH”

    haha.. itu kompem kena lempang..

    Balas Komen Ini

  7. cewekbopot berkata:

    kat parit raja pon dah 2, 3 kali aku tserempak buudak pompuan jual ubat2 bam ni…pelik haku, bila tanya ckp dari kedah, sekolah tahfiz tu la.masa tu ahad, hubby aku siap tanya xsekolah ke budak2 ni sok?kdg2 tegerak gak ati aku nak wat laporan, tapi xtau nk lapor kat sapa??? :roll:

    Balas Komen Ini

Apakah difikiran anda?

Beritahu kami apa yang anda fikirkan...
dan juga, jika anda mahu gambar dipamerkan bersama komen anda, dapatkan di gravatar!