Pilihanraya Umum Ke-12

Keputusan Pilihanraya kali ini amat mengejutkan bagi kebanyakkan pihak setelah 4 menteri dan 10 timbalan tewas. Parti membangkang mengorak langkah setelah menawan Kelantan, Kedah, Pulau Pinang dan Perak.

Jika diceritakan mengenai Parti Keadilan Rakyat (PKR), kebanyakkan penganalisis politik mengatakan bahawa PKR tidak lagi relevan setelah pembebasan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Namun ianya masih mengorak langkah dengan jayanya apabila Datin Seri Wan Azizah Ismail menang dikawasan P44 Permatang Pauh dimana majoriti yang lebih banyak jika dibandingkan dengan pilihanraya yang lalu. Tidak dilupakan YB Puan Nurul Izzah Anwar yang berjaya menewaskan Datuk Seri Shahrizat di kawasan Lembah Pantai. Ini membuktikan PKR masih lagi relevan.

Jika diimbas kembali pada Pilihanraya Umum 2004, didapati PAS terlalu menumpu untuk menawan Kedah dengan kata “Kedah Milik PAS 2004″, tetapi setelah keputusan dikeluarkan, PAS tidak dapat menakluki Kedah malah kehilangan Terengganu pada masa itu. Perkara ini boleh dilihat sama seperti BN yang terlalu menumpukan Kelantan tetapi pada akhirnya kehilangan 4 lagi negeri disemenanjung Malaysia.

Namun, BN tetap menang mudah untuk membentuk kerajaan persekutuan dan masih lagi kuat dikawasan Perlis, Johor dan Melaka dikawasan ini. Transformasi pada kali ini akan menunjukkan perubahan yang ketara.

Disclaimer: Artikel ini merupakan artikel umum yang hanya menyatakan fakta dan bukannya bertujuan untuk menjatuhkan atau menaikkan nama mana-mana pihak. Artikel ini juga hasil pemerhatian dari diri sendiri. Jika anda mendapati fakta ini salah atau sebagainya, sila hubungi saya dibahagian Contact.

Comments (3)

tOTiNMarch 10th, 2008 at 11:05 am

nyesal tak gi ngundi haish!!!!

[Reply]

Gravatar IconEjon
reply on March 10th, 2008:

undilah untuk green house.. hehe

[Reply]

FahmishahMarch 10th, 2008 at 5:32 pm

aku belum cukup umur utk ngundi…

[Reply]

Leave a comment

Your comment