Sistem 2 Pam

Kerajaan bersetuju melaksanakan cadangan sistem dua pam di stesen minyak di kawasan sempadan bagi memastikan warga asing tidak membeli minyak dengan kadar subsidi seperti yang dinikmati rakyat tempatan.

“Ikut sistem ini, ada dua kebaikan iaitu rakyat asing akan membayar harga petrol berdasarkan harga pasaran dan rakyat Malaysia akan tahu harga pasaran petrol yang sebenarnya,” kata Najib.

Memang bagus idea untuk mengurangkan kenderaan luar menyedut subsidi minyak negara kita, tetapi mengapa kita perlu tahu harga pasaran petrol yang sebenarnya sedangkan gaji dinegara kita tidak mengikut harga pasaran juga.

Gaji minima yang terlalu rendah telah diambil kesempatan oleh syarikat-syarikat lain untuk meletakkan gaji diparas yang paling minima walaupun memperolehi keuntungan. Ini menyebabkan jurang yang sangat luas antara orang kaya dengan orang miskin, dimana orang kaya semakin kaya dan orang miskin semakin miskin setelah kenaikan harga minyak tetapi harga gaji yang masih sama.

Berbalik kepada sistem 2 pam, perkara ini amat berguna kepada mereka yang tinggal disempadan mengambil kesempatan untuk mengisi minyak yang murah. 3 minggu lalu di Buletin Utama TV3 dimana temubual bersama rakyat Singapura mengenai Larangan Menjual Minyak yang ditarikbalik, mereka mengatakan “kalau harga sama dengan singapore, baik isi sana je” (ayatnya lebihkurang begini) dimana mereka sama-sama dengan rakyat Malaysia menyedut subsidi minyak kita.

Related Link:
- Sistem dua pam bezakan harga petrol bagi rakyat asing dan tempatan

Comments (6)

nashrexJune 22nd, 2008 at 11:57 pm

mcm2 skrg

[Reply]

EjonJune 23rd, 2008 at 12:09 am

teknik nak meredakan hati rakyat

[Reply]

mrkayJune 23rd, 2008 at 2:33 am

haha.. akhirnya ko ikut nasihat aku.. mungkin sbb ko tak jumpe aku bile nak meluahkan hal ini? haha..

aku pelik.. cadangan ni dah ade pemilik pam minyak cadangkan sblm larangan jual minyak pada rakyat asing.. tp kenape baru skang nak implement? kan elok di implement tanpa naikkan harga minyak ari tuh.. bodoh sungguh.. suka buat keje 2-3 kali.. pastu saja carik cara nak naikkan harga minyak..

btw, aku tak berminat pon tau harga minyak pasaran dunia skang brape.. ari2 terpampang besar2 kat paper muka dpn.. takyah beli, dari jauh boleh nampak.. sudah la..

[Reply]

FahmishahJune 23rd, 2008 at 11:30 pm

teknik ini bagus.kerajaan tetap untung dan rakyat tetap tertekan

[Reply]

niejaJune 24th, 2008 at 4:18 am

hm..macam2 la..

[Reply]

EjonJune 24th, 2008 at 4:41 am

sejak beberapa tahun ni asyik nak tunjuk harga pasaran je..

patutnya dari dia bersusahpayah tunjuk harga pasaran, baik cari jalan meningkatkan ekonomi supaya subsidi minyak bertambah sekaligus mengurangkan bebanan rakyat

[Reply]

Leave a comment

Your comment