Hello P1 Wimax, bye-bye Maxis Broadband
Satu tahun yang mengecewakan setelah menggunakan Maxis Broadband. Tahun lalu, saya telah mendaftar untuk pakej 3.6mbps, tetapi kelajuan yang paling laju saya dapat lebih kurang 400kbps. Itu pun paling laju. Biasanya dalam 100-300kbps.
Saban hari menunggu bila tamatnya kontrak broadband ini. Setelah tamat kontrak terus mendaftar P1 Wimax setelah mendapat review yang baik dari kawan-kawan serta kawasan rumah saya didalam liputan wimax tersebut.

Kelajuan yang telah diuji dgn P1 Wimax
Saya telah mendaftar pakej 1.2Mbps. Ternyata kelajuannya lebih baik dari kelajuan Maxis Broadband 3.6Mbps yang saya langgani dahulu.
Ramai menanyakan, kenapa saya tidak pasang sahaja streamyx? Pertama sekali rumah saya tiada talian tetap. Pemasangannya mengambil kos yang tinggi. Tidak termasuk lagi bil pertama Streamyx. Tetapi untuk mendaftar P1 Wimax, hanya RM100 sahaja diperlukan dan modem akan terus diberikan.
Kini hampir seminggu saya menggunakannya. Diharapkan ianya tidak juga mengecewakan dimasa akan datang.
Kemaskini 8.45PM
Untuk pendaftaran P1 Wimax hanya RM100 dan modem akan diberikan terus secara percuma untuk kontrak 24 bulan. Tiada lagi bayaran modem RM999, stamp duty RM10, installation fee RM75 yang diwar-warkan ketika permulaan wimax ini. Bayaran utk pendaftaran dahulu sangat merepek. Kini dgn hanya RM100, P1 Wimax semakin menjadi pilihan.
Meksis Berukband
Telah beberapa hari 3G tidak mendapat koneksi HSPDA lalu membuatkan kelajuan internet sangat lembap sehingga tidak dapat membuka yahoomail.
Oleh kerana kelajuan internet sebegini, nak upload gambar pun susah apatah lagi nak update blog. Kepada sesapa yang terfikir nak daftar broadband tu, pandai-pandailah memilih.
// pasnih ingat nak beralih ke P1 WiMax. Bosan dah dgn benda alah 3G berukband ni. Bulan ni bulan last sebelum tamat kontrak dengan mereka. hoyey..
update skali arung

gambar ini diambil ketika berada didalam kereta dimana ketika itu hujan sgt lebat. nasib baik org dpn pasang lampu, kalo tak men sondol jek.
Lokasi: Federal Highway, KL

asam garam barang elektronik, kena air je mesti problem. Begitulah terjadi pada kereta Savvy menjadi tak ketahuan setelah melalui perajalanan hujan yang lebat. Mamat technican ni sedang menyettingkan kembali kereta yg malaysia yg ‘canggih’ ni.
Lokasi: Proton Service Centre, Puchong Jaya

Ni lak tempat aku buat parttime time cuti semester. Hari2 keje mengadap gambar model sampai tak larat nak tgk. Kepada sesapa yg teringin nak jadi model, sila la dtg tp pastikan anda betul2 lawa sebelum datang. haha
Lokasi: Dcasting, Bangsar

Ni lak kawan punya kereta. Cermin pintu kereta retak menanti pecah setelah terkena batu akibat dari mesin potong rumput. Jadi sebelum park kereta anda, pastikan rumput itu telah pendek.
Lokasi: HB2, MMU, Cyberjaya

Akhirnya dpt online dirumah menggunakan 3G Maxis Broadband. Pada mulanya begitu rasa teruja kerana dpt mengonlinekan diri dimanasaja berada. Tetapi setelah seminggu menggunakannya, terasa stress kerana seringkali dc. Tp yg bestnya 3g ni, anda juga boleh online didalam bas yang sedang bergerak. (tp bila ada hutan je dc jugak)
Lokasi: gua punya rumah la

Kali ni pasal makan lak, time ni tgh makan Nasi Goreng Napoleon (RM15) berserta Mango Juice Iceblended (RM3) bersama Encik Kay. Lepas makan bila bwk kereta, meter RPM je naik, meter laju tak naik gak.. haha
Lokasi: Restoran SS2 Murni, Kelana Jaya

Contoh tadak masalah cari masalah. Pada mula sekadar ingin mencuba makanan, tetapi bila dibandingkan harga dgn rasa, sgt tidak berbaloi. RM15 sepinggan camtu. Nasik setompok, telur mata lak mcm dah lama. Ais kosong pon takde jual. Air mineral lak RM3. Harga bkan penentu ketidakpuashatian, tetapi rasa yg tah apa2 membuatkan rasa rugi.
Lokasi: Phat Thai Express, The Curve Damansara

Bkan jakun dgn starbuck, tp ni bukti pertama kali beli makanan/minuman dgn kadkredit Farid. miahahaa. order je ape2, pastu swap je. abeh citer.. haha
Lokasi: IOI Mall, Puchong

haa.. yg ni terbaik, Grilled Chicken with Rice di hostel MMU. Kat hostel pon dah ada makanan camni, tayah susah nak gi luar dah.
Lokasi: Foodcourt HB1, MMU, Cyberjaya
Begitulah sedikit sebanyak entry ‘Update skali Arung’. Oleh kerana kebizian yg melanda sebelum ni, so kali ni update skaligus. setel satu perkara.



