Update Kombo
Sudah lama rasanya blog ini tidak dikemaskini. Ianya semua disebabkan oleh kebizian yang melanda secara tiba-tiba. Mari kita lihat apa yang berlaku sepanjang tidak update blog ini.
10 Jun 2009
Lagi sekali menjelajah utara untuk kali kedua bulan ini. Kali ini majlis persandingan berlangsung di Alor Setar pada keesokkan harinya. Sebelum sampai ke Alor Setar, singgah sebentar di Ipoh untuk makan tgh hari. Kemudian perjalanan diteruskan sehingga ke Gurun untuk bermalam.
11 Jun 2009
Bergerak seawal pagi untuk mula menangkap gambar pengantin. tangkap2 punya la tangkap sampai la ke malam.

Alor Setar
Malam tu pulak plan nak balik KL terus sebab pada 13hb ada majlis yang lain. Tetapi ketika dalam perjalanan balik, perasaan mengantuk datang secara tiba2. Lalu menelefon sedara mara yang berada di Sg Petani untuk tumpang bermalam.
12 Jun 2009
Pagi yang segar. Perjalanan balik kemudian diteruskan. Sempat singgah di Ipoh untuk makan tgh hari di Greentown Mall. Bergerak dari Ipoh pukul 4 petang dan sampai rumah pukul 8.30 malam. Perjalanan mengambil masa yang lama kerana kebosanan lalu membawa 100kmj, maka lambat la sampai. tapi biar lambat asal selamat.
13 Jun 2009
Pagi seterusnya, majlis persandingan Boss & Malin di Puchong Selangor. Rasa penat yang melanda belum habis ditambah dengan rasa penat lagi. Majlis ini walaupun simple, tapi ahli keluarga mereka sangat sporting dan kreatif dalam membantu dalam sesi fotografi.

Berlompat sakan di jambatan di Putrajaya
Hari tidak habis begitu saja. Sejurus selesai sesi fotografi majlis tersebut. Saya terus mencapai kunci kereta dan menuju ke Genting Highland. Salah seorang kawan saya mempunyai rumah disana dan mengajak untuk BBQ farewell sempena seorang kawan yang akan pulang ke Iran.

Genting
dan bermain Playstation dan pelbagai lagi sebelum tidur.
Begitulah ceritanya yang berlaku. selamat membaca
Nota: Kepada client-clientku yg mungkin membaca blog ini, maaf kerana keterlewatan dalam menyiapkan kerja



