Pelajar Tahfiz jual ubat?

ubat
Mencari pembeli

Gambar ini diambil disalah sebuah kawasan RnR di Melaka. Ketika itu, saya bersama keluarga sedang berehat setelah beberapa jam perjalanan. Tiba-tiba kami didatangi 2 orang kanak-kanak menjual balm (kalau tak silap la).

Ibu saya sempat menanyakan kepada kanak-kanak tersebut. Mereka mengatakan bahawa mereka pelajar Tahfiz datang dari Kedah disuruh untuk menjual ubat untuk menampung fund organisasi tersebut.

Jika dilihat kembali, kenapa kanak-kanak dipergunakan untuk keuntungan sesetengah pihak? Siapa yang patut bertanggungjawab dalam hal ini? Kalau benarlah ianya untuk kos organisasi tersebut, kenapa ubat yang dijual oleh pelajar itu sendiri? Bagaimanakah pelajar tersebut ingin menumpukan perhatiannya dalam Tahfiz jika dia disuruh menjual? Bukankah Jabatan Buruh tidak membenarkan kanak-kanak bawah 18 tahun berkerja.

Renung-renungkanlah

Updates 23/3 10.30PM
Terdapat 2 orang menjual produk yang sama di RnR Jejantas Sg. Buloh