Majlis Pelancaran & Pengumuman Filem ‘Ratu The Movie’
Petang tadi berlangsungnya Majlis Pelancaran & Pengumuman Filem ‘Ratu The Movie’ bertempat di Cyberview Lodge Resort & Spa di Cyberjaya. Di dalam majlis ini, diperkenalkan ‘ratu-ratu’ terpilih serta pelakon-pelakon yang terlibat dalam filem tersebut.
Filem ini diterbitkan oleh LineClear Motion Pictures dan akan diarahkan oleh Prof Madya A. Razak Mohaideen bergenrekan ‘Adventure Thriller’


Barisan Ratu-ratu sebelum pemilihan

Eizlan Yusoff serta isteri. Tapi wife dia tak berlakon la. hehe

Barisan Pelakon yang akan membintangi filem 'Ratu The Movie'

Cyberjaya Motorsport Event
Alkisahnya apabila terdapat beberapa orang rakan saya mengajak ke Cyberjaya Motorsport Event. Ada pertunjukan kereta katanya. Saya pun pergi la ke Cyberjaya untuk menyaksikan event itu tadi (14 Mac, 12PM) sebab rasa mcm seronok lak sbb ada juga yang mengatakan terdapat Drift Car.
Sesampai je situ..

Radio Controlled Drift Car
Laa.. RC Drift rupanya. teruja kejap je pastu dah bosan dah. Ingatkan ada stunt drift. nyesal lak pegi. haha. Tetapi kepada yang minat tu sila la pergi jenguk2.

Antara Aktiviti Lain
Disitu terdapat juga perlumbaan Mini Bike (motor racing kecik2) dan juga KCar Party. Jadi kepada sesiapa yang rasa teringin nak pergi tu, silalah pergi kerana event akan tamat 10PM nnt.
Keadaan ditempat itu pengunjung ramai tetapi tidaklah sesak. Antara acara yg dilangsungkan, mini bike, rc drift dan Kcar. ataupun dgn erti kata lain, event utk benda kecik2 dan comel2. haha.



