Earth Hour 2009 di Malaysia

Video ketika Earth Hour di KLCC, Kuala Lumpur

Nota: Video ini diambil dari Youtube dan yang pasti bukan saya yang rakam :D

Nuffnang Malaysia menyokong Earth Hour

Nuffnang Malaysia telah melaksanakan hasratnya untuk menyokong Earth Hour untuk kali ini dengan menutup laman webnya

nuffnang
Paparan Nuffnang.com.my ketika Earth Hour

Mereka juga mengambil peluang ini untuk meng-update-kan laman web nuffnang.com

Nuffnang.com old interface nuffnang-new
Klik pada gambar untuk lebih jelas

Nota: Nuffnang merupakan Komuniti Pengiklanan Blog Pertama di Asia Pacific

Berhati-hati ketika Earth Hour

Kita sedia maklum bahawa banyak orang menunjukkan sokongan untuk memadamkan lampu. Haruslah diingati ianya membuka ruang baru untuk perompak untuk merompak barang/umah anda ketika dalam kegelapan selama 1 jam. 1 Jam merupakan masa yang panjang untuk merompak.

Jadi apa yang harus anda lakukan?

  1. Jangan padamkan kesemua lampu sehinggakan tidak boleh untuk bergerak.
  2. Kunci rumah anda sepenuhnya jika anda keluar ataupun berada didalam rumah.
  3. Pastikan telefon bimbit anda sentiasa pada anda untuk mudah menghubungi orang penting jika berlaku sesuatu.
  4. Jerit jika terlihat orang yang mencurigakan dikawasan rumah anda.
  5. Berseorangan diri tidak digalakkan ketika menutup lampu.
  6. Bawa sekali lampu suluh jika anda mahu berada dalam kegelapan.

Mesej ini dibawa oleh saya :D sekian terima kasih

Jam Bumi – Earth Hour

Mari seluruh warganegara mahupun seluruh dunia, sama-samalah kita menyertai Earth Hour dengan menutup lampu atau perkakas elektrik yang lain selama 1 jam pada

eh

GMT+8 (Kuala Lumpur, Malaysia)

Menutup Lampu Merupakan Undian Anda!

Pada tahun ini, Earth Hour telah terbentu dalam Pilihanraya  Antarabangsa yang pertama didunia, diantara Bumi dan Pemanasan Global

Buat pertama kalinya didalam sejarah, rakyat berbilang bangsa, warna kulit atau berumur apa sekalipun, berpeluang untuk menggunakan suis lampu sebagai undian -  Memadamkan lampu bermakna mengundi untuk Bumi atau biarkannya terpasang untuk mengundi Pemanasan Global. WWF menaruh harapan besar kepada dunia untuk MEGUNDI BUMI (VOTE EARTH) dan mencapai target sebanyak 1 Billion undian, dimana akan dibentangkan di Global Climate Change Conference di Copenhagen 2009.

Earth Hour bermula di Sydney pada tahun 2007 dimana 2.2 juta rumah dan premis perniagaan menutup lampu selama satu jam.

Dalam 2009, Earth Hour akan meningkat ke Paras seterusnya, dengan target sebanyak 1 Billion menutup lampu sebagai undian global. Ianya tidak sama dengan Pilihanraya didalam sejarah, ianya juga bukan dari negara mana anda datang, tapi dari planet mana anda duduki. UNDI BUMI merupakan seruan global kepada semua individu, premis pernigaan dan seluruh masyarakat. Seruan untuk membentuk serta mengambil alih masa depan terhadapap planet kita. Lebih 74 Negara dan jajahan telah menunjukkan sokongan untun MENGUNDI BUMI pada Earth Hour 2009, dan nilai ini semakin bertambah setiap hari.

Kita semua mempunyai peluang dan setiap undian dikira. Bersamalah kita memelihara masa depan planet kita untuk generasi masa hadapan.

UNDI BUMI mudah dengan hanya menutup lampu anda dan sertai dunia untuk Earth Hour.

Saturday, March 28, 8:30-9:30pm.

Notes: Translated from Earthhour.org/about