Bantuan Anda Diperlukan Segera

NUR AISHA SOFIA BT MOHD HUSAIF, anak perempuan kepada saudara kita, yang berusia 9 bulan dan masih belum mengenali dunia, menghadapai masalah kegagalan jantung untuk berfungsi dgn sempurna.

Mengikut Doktor yg merawat, anak beliau dikehendaki menjalani pembedahan secepat mungkin. Dan kos yg perlu ditanggung untuk pembedahan ini berjumlah RM45,000.

Sumbangan boleh di salurkan ke akaun Maybank beliau seperti tertera di bawah

MAYBANK 1572 9602 6974
MOHD HUSAIF HUSAIN

Anak beliau boleh dilawati di wad kanak-kanak,  Tkt 5 Gleneagles Medical Center, Pulau Pinang.
Hubungi beliau di talian 0174534705

dsc00093_w1

Aisha

Aisha

Aisha

Aisha

Aisha

Pautan Berkaitan:
- Help Save Nur Aisha

Terbaru
Syukur kepada Allah SWT, dgn campur tangan YB Liew (Parlimen Bukit Bendera) yang bertindak sebagai penjamin kepada adik Aisha, dan sumbangan dari beberapa kenamaan dari Pulau Pinang, dengan hasil usaha beliau berbincang dengan CEO Gleneagles Medical Center (GMC), adik Aisha telah berjaya menjalani pembedahan pada pukul 1 petang tadi.

Pembedahan tersebut berjalan selama 8 jam dan berakhir pada pukul 9mlm tadi. Sungguh pun begitu, masa 24jam selepas pembedahan ini adalaha masa yg paling kritikal yang menentukan samada adik Aisha kita berjaya atau tidak diselamatkan.. sama-samalah kita berdoa semoga beliau selamat mengharungi 24 jam yg kritikal ini.

Sumbangan dari kenamaan2 yg berjumlah RM10ribu diterima oleh GMC sebagai bayaran pendahuluan. Husaif atau Isz masih memerlukan rm35ribu untuk menyelesaikan hutang sekaligus membalas budi YB Liew yg sanggup campurtangan demi perikemanusian.

Sama-samalah kita teruskan usaha untuk mengumpulkan dana tersebut.