Google Wave

Saya baru saja dapat invitation Google Wave dari Mr. Kay. Oleh kerana penggunaannya berasaskan invite menginvite seperti Gmail mula-mula dulu, menyebabkan ramai merebut mendapatkannya walaupun tidak tahu apokobondo benda alah ni.

Printscrint Google Wave

Printscrint Google Wave - Klik utk lebih jelas

Maklumat mengenai Google Wave boleh didapati pada lamannya.

Nota:
- Yeah.. saya boleh invite 8 orang untuk menggunakan Google Wave. Jadi kepada sapa2 yang nak, cari la saya.
- Oleh kerana hanya 8 orang, jadi invitation ini hanya diberi kepada rakan saya sahaja
- Jika anda telah mempunyai akaun gwave ini, add la saya di faizulzone@googlewave.com

kthxbye

How to gain traffic for your blog 2

graf betul niMasih ramai lagi yang mencari-cari cara untuk mendapatkan trafik untuk blog masing-masing. Apakah motif mencari mencari trafik? Ianya sangat berguna bagi mereka yang meletakkan iklan pada blog seperti Google AdSense, Nuffnang, Advertlets dan sebagainya.

okeh kali ni betul2nya.. haha :D

1. Add your URL to Google
Tambah URL anda kepada Google untuk memudahkan carian enjin mengindex laman anda.

2. Pingler
Salah satu website ping website. Pingler akan mengeping website untuk majoriti carian enjin didunia.

3. Project Petaling Street
haa yg ni version website ping website versi Malaysia. Cubalah

4. Nuffnang Innit
yg ni spesel sket. Khas utuk group Glitterati (Glitterati ni merupakan makhluk yg letak iklan nuffnang SAHAJA). Di Innit Nuffnang, anda boleh promot latest entri anda dimata dunia.

Itu semua cara zahir. mari kita lihat cara batinnya lak

1. Forum
Join la segala forum yg ada didunia ni. bagi femes sket nama anda tu. Jgn join saja2, biar join yg bergaya

2. Komen di Blog
Jgn syok sendiri je. Pegi la komen kat blog org lain jugak. Dgn tak semena2, tuan blog dan org yg lawat page tu pon akan terklik kat link kita.

4. Link Exchange
Bertukar-tukarlah link bersama-sama rakan anda. Ala-ala mcm tukar no phone gitu. Kalau dapat exchange link dgn blog yg femes lagi bagus. Lagi byk trafik dia akan mengalir kepada anda sekali.

5. Kerap Update Blog
Kalau anda nak trafik tinggi, jgn update suka2 hati nak tanak. Kerapkan lah update. Paling lekeh pon 1 minggu sekali. kalo tak tiap kali bukak, visitor tgk tade update terus tak bukak lalu lupa alamat blog kita.

6. Alamat Blog
Alamat blog biarlah ringkas dan menarik supaya org senang nak ingat. Contohnya yahoo dan google. senang nak ingat. Tapi kalo dah ade alamat tu tayah ngade2 nak tukar.

7. Layout Blog
Tolonglah jgn pakai kaler striking2 untuk background blog. Saket jiwa nak membaca.

8. SiteMap (kay yg suruh letak)
sgt penting utk search engine indexing

9. Entri dan Pos
Dan yang paling penting, biarlah entri kita menarik dan berisi. Kadang-kadang entri pasal kehidupan kita pun org suka. Tapi biarlah kehidupan kau menarik la. Kalau dah hari2 mengadap pc, makan dan tido nak menarik hape.

Begitulah diantara cara-cara untuk mendapatkan trafik yang tinggi. Kesimpulannya, lagi byk kita memberi, lagi byk kita dapat (eh.. ada kaitan ke.. ah lantak ah.. ade aku kesah.. cak cak cak)

How to gain traffic for your blog?

Masih ramai lagi yang mencari-cari cara untuk mendapatkan trafik untuk blog masing-masing. Apakah motif mencari mencari trafik? Ianya sangat berguna bagi mereka yang meletakkan iklan pada blog seperti Google AdSense, Nuffnang, Advertlets dan sebagainya.

Tapi tahukah anda bagaimana mencari trafik yang tinggi untuk blog?
Senang saja. Buat entri yang bertajuk seperti diatas, kompem trafik tinggi. haha. Ini terbukti setelah melihat antara blog yg trafik tinggi menggunakan title ini walaupun cara mereka tah hape2.

Kenapa perkara sebegini berlaku?
Ini kerana ramai yg ingin mengetahui cara utk menaikkan trafik yang tinggi pada blog mereka. Dengan tak  semena2 title seperti entri ini akan dijumpai.

Jadi anda telah mengetahui cara untuk menaikkan trafik dan anda telah tertipu. ngahaha . wassalam :mrgreen:

Terkini:Bukti terbaru yang terbukti

dalam masa 2 minit dah byk ni dah

dalam masa 2 minit dah byk ni dah. Kalo tak jgn harap la. :D

Route to Campus

Kini, kita sering dilengkapi dengan kemudahan teknologi untuk terus berhubung. Kali ini mengenai teknologi Google Maps memberi direction ke arah destinasi kita pantas dan persis. Saya seterus mencuba dari rumah ke kampus yang dilalui saban hari.

mmu-rumah
Route dari rumah ke kampus

Jarak: 23.5KM
Masa: 31 Minit

Jika kita lihat teliti peta diatas, sebenarnya rumah saya lebih kurang 3KM dari kampus, tetapi disebabkan oleh ketidaksiapan-jalan-bertahun2 menyebabkan saya terpaksa berpusing jauh sehingga lebih dari 20km serta melalui plaza tol!

notes: kepada Majlis Perbandaran Sepang, cepat-cepatkanlah siapkan jalan penghubung taman ini dengan Cyberjaya. Dari pemandangan di Cyberia, saya hanya boleh melihat lampu taman ini tetapi terpaksa mengharungi setengah jam perjalanan untuk sampai ke situ. Wassalam

Internet Browser Google

Google telah melancarkan pelayar internet tersendiri, Google Chrome. Setelah menggunakan selepas 2 hari, saya mendapati ianya sangat terbaik. Apa yang saya maksudkan seperti pelayar yang ringan, pantas, mudah serta rekaan yang menarik.


*imej dari laman google chrome

Link: http://www.google.com/chrome