Camni ke cara ko layan customer?!
Ni citer pasal kompeni hosting. Kompeni tu kalo kita search kat google, penuh dgn mrah2, kutuk dan disuruh hindari. Tapi bagi aku mungkin kita kena bagi can kat kompeni tu kot2 dia ade masalah time tu. tapi aku rasa sia2 je aku buat camtu.
Khamis lepas, hajat ingin renew domain. Bila bukak website kompeni tu, dah takde. Rupa2nya dah tukar ke alamat lain. Tak kisah la kalo nak tukar alamat tu, then aku emel sales dia. Tidak direply sampai skang.
Jumaat lak, kompeni tu juga mempunyai support dgn ym. aku pun ym dia tentang domain renewal. cakap lembut je. pijak semut pon tak mati la.
Sabtu lak, aku baru dapat duit dari client aku utk renew domain walaupun domain telah expired. Kebiasaan domain walaupun expired selepas direnew akan diactivate balik dalam beberapa jam. Then malam tu client call aku tanya kenapa website takleh bukak lagi. aku pon ym kompeni tu, sepi.
Ahad. Client aku call lagi sebab ade org nak hantar bahan tapi emel tendang. oh lupa lak nak citer, aku buat website utk client ni dan mewakilkan dia untuk pembelian hosting dan domain. Kemudian aku sms dia lak tanya kenapa website still takleh akses? Sepi jgk.
Isnin, iaitu hari ni. tiba2 client aku sms aku kata still takleh akses website dia. haih. dah bagi can lama dah. ingatkan kalo pagi isnin dah bleh dah (mcm kebiasaan2 kompeni lain, sabtu dan ahad cuti). Tp sampai skang takbleh2 akses jugak. Then aku minta tlg staf kpd client aku utk call kompeni hosting tu.
truuttt.. trutt..
staf client: hello, kenapa website ….. stil takleh akses lagi
kompeni: kenapa dah expired baru nak bayar? kene tggu 72 jam
aku tak suka betul tone dia. dah la menyepi. bila search2 kat google, mmg jenis camtu, tiap kali server dia down ke atau ada masalah ke, dia amek keputusan utk menyepi daripada menerangkan keadaan sebenar kepada customer.
Ko betul2 kena blajar cara nak handle customer, patutnya ko cakap baik2 contohnya “domain ini memerlukan 72 activation kerana renew selepas expired” tu pon patut cakap time first day renew. bukannya lepas dah contact byk kali. Itupun sepatutnya tak patut berlaku. Dulu pun waktu register domain ni pun amek masa 3 hari.. ape daa..
Apa nama kompeni tu? aku rasa kalo sape yg pernah terkena mesti tau apa nama kompeni tu. wassalam



