HP Mini 110 Pink Chic
Jika entri sebelum ini mengenai HP Mini hitam, mari sama2 kita lihat versi kaler pink punya. slrrpp..

Keyboard yang berwarna pink

tidak seperti netbook jenis lain yang berwarna tetapi kosong

Rekabentuknya sama dgn hp mini 110 yang lain cuma terdapat perbezaan warna yang menjadikan ianya lebih menarik
Netbook ini amat sesuai kepada mereka2 yang obses kepada kaler pink.
Spesifikasinya sama seperti HP Mini 110 yang terdapat pada entri sebelum ini. Kedua-duanya dilengkapi Instant Web dimana melayari internet tanpa perlu memasuki Windows terlebih dahulu.
HP Mini 110
Jika diperlihatkan pada entri sebelum ini dimana latpop lama aku dulu yg membuatkan perangai kini telah berdiam diri kerana langsong takbleh on. sakit jiwa aku.
Jadi pada 1 Januari 2010, sempena tahun baru, aku mengambil keputusan untuk mendapatkan komputer baru. kali ni target netbook kerana mudah untuk diusung ke mana saja.
Setelah ke Plaza Low Yat selama 3 hari berturut-turut untuk survey, akhirnya terbelilah jua HP Mini 110-1169TU. Akhirnya dapat kembali bekerja.

inilah netbook baru ditapau di Plaza LowYat

saiz keyboardnya hampir menyerupai keyboard laptop biasa
Tidak seperti sesetengah netbook, dimana ianya lebih kecil dan sukar ditaip bagi lelaki yang bertangan besar dan gebu. (meoww..)

Microsoft Windows 7 Ultimate
Pada mulanya, netbook ini dilengkapi dgn Microsoft Windows XP Home Edition. Tapi paham2 je la. xp ni virus melambak2. slow plak tu. Sehari lepas beli ni, terus format ke Windows 7, lebih pantas dan stabil.

Permukaan atas yang bercorak. tak nampak sgt sbb ada plastik lekat lagi atas tu. hahaha.

Pandangan dari sebelah kanan
Mari kita lihat apa yg terdapat pada netbook ini.
Dari sebelah kanan, ada 2 USB Port, 5-in-1 card reader, vga output dan Ethernet LAN

dari pandangan kiri
dari pandangan kiri plak, kabel power yg tgh terpasang. Terdapat lamput kecik putih tu menunjukkan ada power masuk, air-ventilation, 1 USB Port serta phone/mic jack yg digabungkan.
Spefikasi
- Intel Atom N280 1.66Ghz
- 2GB DDR2 RAM (1 Dimm)
- Webcam
- 10.1 Anti-glare Widescreen Display
- Intel Graphic 950
- 802.11b/g WLAN & Bluetooth
- 5-in-1 Digital Media Reader
- 6-cell Lithium-Ion battery (tahan lama woo)
Ada sesetengah orang kata, netbook ni hanya untuk surfing2 dgn taip words keje opis je. Bang, kalau tak guna lagi jgn buat andaian sendrik yer.

Adobe Photoshop CS3
Paparan diatas menunjukkan tgh guna Adobe Photoshop. Juga telah diinstall dgn Adobe Dreamweaver dgn Adobe Flash. Tp Adobe Flash ni sia2 je install sbb kalau bukak timeline, toolbar dan sebagainya, stage tgh tinggal ruang sejengkal je. haha.
Bye2 Mr. Compaq yg berat serta dah rosak.
Cerita Baru
Apa khabar kepada semua pengunjung blog ini. Sudah lama blog ini tidak dikemaskini berikutan kerja yang datang bergolek-golek untuk disiapkan. Terdapat pelbagai cerita yang ingin dikongsi, tapi kita kongsi satu cerita dulu hokeh!
Cerita 1
Pada 7 Oktober yang lalu, laptop aku, Mr. Compaq mengalami kerosakan dimana secara tiba-tiba. On je lepas 1 saat blackout balik. Macam2 dah buat, cucuk plug, cabut bateri, pasang bateri, betulkan ram, tapi tak boleh on jugak. Sampai sejam try takleh jugak. givap sambung esok.
Keesokkan harinya, masih tiada perubahan, on sesat lalu blackout. Perkara ini berlarutan sehingga 4 November (hampir sebulan). Niat dihati ingin hantar repair di HP Tower. Cek dulu sebelum gerak, masih tidak boleh on.
Tiba dikaunter HP,
“Masalah ape ye encik” kata pegawai dikaunter itu,
“ini laptop takleh on la” balas aku lalu cuba untuk menunjukkan kepada beliau apa yg berlaku.
Tiba-tiba laptop aku boleh on plak!
aik, punya la berabad takleh on, sampai je service center je bleh on? Lalu aku pulang dengan perasaan yang tidak ketahuan.
Sekian



