Gigi oh Gigi
Saya diserang sakit gigi sejak awal tahun ini. Oleh kerana kesakitan yang melampau, saya bergegas ke Klinik Kesihatan ke bahagian pergigian untuk mencabut gigi. Namun doktor itu mengatakan bahawa saya perlu mengambil ubat terlebih dahulu untuk menghilangkan kesakitan sebelum gigi dicabut.
2 minggu selepas itu, saya pergi lagi sekali ke Klinik Kesihatan. Almaklumlah, cabut gigi kat situ singgit je. Kali ni doktor yang lain.
Doktor: gigi kamu ni takde la teruk sgt. ade 2 option, sama ada cabut atau buat rawatan akar
Ejon: Rawatan akar? mende tu?
Doktor: Rawatan akar ni dilakukan untuk mematikan gigi dan membuang akar yg rosak.
Ejon: Jadi yg mana lagi ok?
Doktor: Kalau saya jadi awak, saya akan buat rawatan akar. tp kat sini (Puchong) tak buat rawatan akar, kena pergi tempat lain.
Ejon: Kat mana tu
Doktor: Klang ada, Hospital University ada

ditebuk dan ditampal
Kemudian saya pun pulang ke rumah. Kesakitan hanya datang sekali sekala. 2 malam semalam, sakit gigi menyerang sampai takleh nak tido walaupun dah mengantuk tahap mega. dan pagi semalam terus pergi ke Klang (dari Puchong) untuk mendapatkan rawatan akar (ini kerana bukan semua klinik pergigian kerajaan menawarkan khidmat rawatan ini)
Doktor: Nak cek gigi ke
Ejon: Bukan, nak buat rawatan akar
Doktor: Macammana kamu tahu rawatan yg kamu nak buat
Ejon: Doktor dari Puchong refer suruh datang sini
Doktor: Jauhnye, takpe kita cek dulu..
Selepas seminit..
Doktor: Ini takleh buat rawatan akar
Ejon: Kenapa doktor?
Doktor: Sebab gigi kamu kotor sangat
Ejon: Erk!~
Doktor: Lepas ni kamu balik Puchong, buat appointment dengan doktor sana, buat Scaling dulu untuk buang plak. Lepas tu baru datang sini balik.
Ejon: Baiklah~
Kesana kesitu hanya kerana gigi. Tapi apa boleh buat, nak jimat punya pasal. Kat Klinik kesihatan, Rawatan Akar hanya RM5 je jika hendak dibandingkan dgn klinik swasta yg beratus2 ke ribuan.
Hari-hari penuh
Pada hujung minggu lalu, ketika saya dalam perjalanan ke satu majlis perkahwinan untuk sesi fotografi, saya terjumpa satu kedai yang bernama Restoran Hari-Hari Penuh di Klang, Selangor


Kadang-kadang kita jarang terfikir benda yang sangat obvious. Kreativiti pada nama mengatasi ke-poyo-an nama merupakan salah satu daya penarik sebuat kedai tersebut.



