Berhati-hati ketika Earth Hour
Kita sedia maklum bahawa banyak orang menunjukkan sokongan untuk memadamkan lampu. Haruslah diingati ianya membuka ruang baru untuk perompak untuk merompak barang/umah anda ketika dalam kegelapan selama 1 jam. 1 Jam merupakan masa yang panjang untuk merompak.
Jadi apa yang harus anda lakukan?
- Jangan padamkan kesemua lampu sehinggakan tidak boleh untuk bergerak.
- Kunci rumah anda sepenuhnya jika anda keluar ataupun berada didalam rumah.
- Pastikan telefon bimbit anda sentiasa pada anda untuk mudah menghubungi orang penting jika berlaku sesuatu.
- Jerit jika terlihat orang yang mencurigakan dikawasan rumah anda.
- Berseorangan diri tidak digalakkan ketika menutup lampu.
- Bawa sekali lampu suluh jika anda mahu berada dalam kegelapan.
Mesej ini dibawa oleh saya
sekian terima kasih
Jam Bumi – Earth Hour
Mari seluruh warganegara mahupun seluruh dunia, sama-samalah kita menyertai Earth Hour dengan menutup lampu atau perkakas elektrik yang lain selama 1 jam pada

GMT+8 (Kuala Lumpur, Malaysia)
Menutup Lampu Merupakan Undian Anda!
Pada tahun ini, Earth Hour telah terbentu dalam Pilihanraya Antarabangsa yang pertama didunia, diantara Bumi dan Pemanasan Global
Buat pertama kalinya didalam sejarah, rakyat berbilang bangsa, warna kulit atau berumur apa sekalipun, berpeluang untuk menggunakan suis lampu sebagai undian - Memadamkan lampu bermakna mengundi untuk Bumi atau biarkannya terpasang untuk mengundi Pemanasan Global. WWF menaruh harapan besar kepada dunia untuk MEGUNDI BUMI (VOTE EARTH) dan mencapai target sebanyak 1 Billion undian, dimana akan dibentangkan di Global Climate Change Conference di Copenhagen 2009.
Earth Hour bermula di Sydney pada tahun 2007 dimana 2.2 juta rumah dan premis perniagaan menutup lampu selama satu jam.
Dalam 2009, Earth Hour akan meningkat ke Paras seterusnya, dengan target sebanyak 1 Billion menutup lampu sebagai undian global. Ianya tidak sama dengan Pilihanraya didalam sejarah, ianya juga bukan dari negara mana anda datang, tapi dari planet mana anda duduki. UNDI BUMI merupakan seruan global kepada semua individu, premis pernigaan dan seluruh masyarakat. Seruan untuk membentuk serta mengambil alih masa depan terhadapap planet kita. Lebih 74 Negara dan jajahan telah menunjukkan sokongan untun MENGUNDI BUMI pada Earth Hour 2009, dan nilai ini semakin bertambah setiap hari.
Kita semua mempunyai peluang dan setiap undian dikira. Bersamalah kita memelihara masa depan planet kita untuk generasi masa hadapan.
UNDI BUMI mudah dengan hanya menutup lampu anda dan sertai dunia untuk Earth Hour.
Saturday, March 28, 8:30-9:30pm.
Notes: Translated from Earthhour.org/about



