Fast Update

Dah lama rasanya tak update blog ini. Ini disebabkan gara-gara FYP yang sedang dijalankan menyebabkan pelbagai kegiatan lain tergendala. Tapi tak mengapa, mari kita teruskan.

2 hari lepas, ketika berchitchat dgn rakan-rakan di ym, teringat kisah lama ketika mula2 mendekatkan diri dalam bidang pembikinan laman web. Salah satu aplikasi yang digunakan ialah Macromedia Dreamweaver 2. Skang ni pun dah Adobe Dreamweaver CS4. Jadi terdetik dihati untuk mencari software tersebut dan dipasangkan pada pc.

Sesi installation yang klasik dgn berlatarkan biru gradient

Semua kelihatan klasik dgn progress bar yang berwarna biru. Installernya hanya bersaiz 10MB sahaja. Installation diteruskan sehingga selesai. Dan cuba menggunakannya.

Permulaan, crack atau try. hehe

Dreamweaver 2 Splash Page

Tapi malangnya, hanya setakat ini sahaja yang mampu dipaparkan kerana masalah ketidaksesuaian aplikasi yang lama ini dipasang pada Windows 7. Tapi apa pun cukup seronok melihat aplikasi lama2 dan cuba menggunakannya.