[Gambar] Garmin Mobile XT Screenshot

Entri ini merupakan tambahan kepada Entri Memasang Garmin Mobile XT pada Samsung i550w. Bagi mereka yang belum pernah menggunakannya, disini akan dapat melihat betapa mudahnya menggunakan walaupun anda baru pertama kali.

screenshot0003 screenshot0004
Butang “Where to” untuk mencari tempat yang ingin dituju.
Contohnya anda ingin mencari stesen minyak yang terdekat

screenshot0002 screenshot0005
Garmin akan menunjukkan laluan kepada anda.
Ianya juga dilengkapi dengan cuaca terkini ditempat anda.

Penggunaan software ini akan memudahkan anda mencari tempat walaupun anda tidak biasa dengan tempat tersebut. Sesetengah software GPS lain hanya menunjukkan peta dan alamat semata-mata.

Perhatian: Data pengumuman cuaca memerlukan sambungan internet.

Memasang Garmin Mobile XT pada Samsung i550w

Baru-baru ini saya telah membeli Samsung i550w kerana keupayaannya untuk GPS serta mempunyai WiFi. Sistem GPS sangat berguna kepada saya kerana sering melangkah jauh untuk mencari pengalaman. Telefon ini telah di pra-install samsung GPS yang saya sendiri tidak tahu menggunakan.

Samsung SGH-i550w

Samsung SGH-i550w

Apabila bertanyakan pada tokey kedai mengenai Garmin, dia menyatakan bahawa saya akan dicaj RM60 untuk pemasangan Garmin XT. Lalu terfikir untuk membuat sendiri dan memasang tanpa perlu menghantarnya ke kedai dan dicaj yang tinggi.

Cara-cara untuk memasang Garmin Mobile XT pada Samsung i550w / i550

  1. Muatturun Garmin Mobile XT untuk Symbian S60 3rd Edition, Ver. 5.00.10
  2. Muatturun Garmin Mobile XT Free Basemap, Ver. 4.xx.xx
  3. Muatturun Garmin Mobile XT Support Files, Ver. 4.xx.xx
  4. Muatturun MFMv153.exe . Ini merupakan Peta Malaysia dan Singapura. Dibekalkan oleh MalFreeMaps.com
  5. Sambungkan pada i550w anda dan pilih “Data Transfer” pada telefon anda.
  6. Setelah memuatturun, mari kita run satu persatu.
    1. v4.xx.xxx Support File,
    2. v4.xx.xxx Basemap File
    3. GMXT v5.00.10
  7. Putuskan sambungan telefon dari komputer anda. Pergi ke  Menu > Installations > App. Manager dan pilih GMobileXT. Pilih Option > Install. Tada!
  8. Seterusnya pergi ke Menu > Installations > GMobileXT
  9. Sebelum itu, anda memerlukan Unlock Code yang diterima dari Garmin. Tetapi jika anda tidak mempunyainya, masih terdapat cara untuk mendapatkannya dari encik Google. :D
  10. Buka Notepad, copypaste code itu dan simpan sebagai SW.UNL
  11. Sambungkan semula telefon anda dan pilih Data Transfer.
  12. Copy fail SW.UNL didalam folder /Garmin/
  13. Kemudian jalankan MFMv153.exe dan copy gmasupp.img didalam folder /Garmin/
  14. Putuskan sambungan telefon dari komputer anda.
  15. Pergi sekali lagi ke Menu > Installations > GMobileXT.
  16. Pergi ke Tools > Settings > System > Remote GPS > Pilih ‘Use Attached/Built-in GPS’  dan selesai.
  17. Tunggu sehingga mendapat signal dan pergilah jalan-jalan walaupun anda tidak mengetahui dimana tempat itu sekalipun. (untuk mencuba signal, sila berada diluar rumah. Kalau depan duduk depan pc, sampai tahun depan pon takkan detect)
Ketika mencari jalan balik di Kota Kinabalu

Ketika mencari jalan pulang di Kota Kinabalu

Nota: Cara ini juga berkesan pada Nokia N96 dan Nokia E71 tetapi dengan cara yang berlainan sedikit.

Route to Campus

Kini, kita sering dilengkapi dengan kemudahan teknologi untuk terus berhubung. Kali ini mengenai teknologi Google Maps memberi direction ke arah destinasi kita pantas dan persis. Saya seterus mencuba dari rumah ke kampus yang dilalui saban hari.

mmu-rumah
Route dari rumah ke kampus

Jarak: 23.5KM
Masa: 31 Minit

Jika kita lihat teliti peta diatas, sebenarnya rumah saya lebih kurang 3KM dari kampus, tetapi disebabkan oleh ketidaksiapan-jalan-bertahun2 menyebabkan saya terpaksa berpusing jauh sehingga lebih dari 20km serta melalui plaza tol!

notes: kepada Majlis Perbandaran Sepang, cepat-cepatkanlah siapkan jalan penghubung taman ini dengan Cyberjaya. Dari pemandangan di Cyberia, saya hanya boleh melihat lampu taman ini tetapi terpaksa mengharungi setengah jam perjalanan untuk sampai ke situ. Wassalam