Trip to Sabah II – Day 2

Okeh mari ke hari yang kedua dalam perjalanan ke sabah hari ini. Pada hari kedua saya merancang untuk ke Kundasang dan Poring untuk melihat Puncak Gunung Kinabalu setelah terlepas peluang pada Trip Sabah yang lalu.

9 April 2009

10AM. Plan nak gerak selepas subuh. Tapi lepas dapat tilam je dah tak hengat dah ape. Pukul 10 jugak bergerak dari Kota Kinabalu. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 2 jam ke Kundasang dgn Kancil 850.

Berhenti rehat di Kalangadan Restaurant. Kira2 30 minit sebelum sampai ke Kundasang

Berhenti rehat di Kalangadan Restaurant. Kira2 30 minit sebelum sampai ke Kundasang. Akhirnya dpt gak keta sewa plat sabah. wakaka

Setelah sampai di Kundasang, saya pun meneruskan perjalanan ke Poring Hot Spring kerana disitu terdapat Canopy Walk.  Untuk pengetahuan semua, masuk ke Poring Hot Spring kena RM3/seorang. Namun apabila sampai ke pintu Canopy walk, kena bayar lagi RM3/seorang untuk naik. Bukan itu sahaja, terdapat juga tambahan dimana satu kamera akan dikenakan caj RM5 manakala video kamera lak RM30. Kamera SLR ni gabak nak sorok pon tableh. mmg obvious la kan nak kata tak bawah. haha

kena mendaki dulu

kena mendaki dulu

Setelah masuk pintu kaunter tiket canopywalk, kita kenalah mendaki bukit. Ingatkan masuk2 dekat je dgn kanopiwalk. Namun terpaksa mendaki bukit sejauh 450 meter untuk sampai ke Canopywalk. 450meter bunyi mcm dekat, tp jika dicondongkan, mak aih tinggi bebenor. Sian kat Amei kena panjat bukit dgn wedges baru dia. hoho

Akhirnya, sampai jugak ke Canopywalk. ataupun dengan erti kata lain, jambatan gantung. Tinggi dan best. merentasi hutan pada ketinggian pokok serta bermain goyang2 jambatan bersama Amei. Sangat menyeronokkan. hehe

Tinggi dan menakjubkan

Tinggi dan menakjubkan

Dah pandai panjat, pandai la turun bukit la yer. Setelah penat mendaki tadi, penat tu hilang lepas naik canopy walk. tapi penat tu datang kembali sebab kena turun bukit balik. Memang hancur la wedges dia tu. haha

Kegembiraan ketika sampai dihujung jalan

Kegembiraan ketika sampai dihujung jalan

Disitu juga terdapat Taman Rama-Rama. Tapi masuk pon kena duit jugak. hah tapayah la masuk. Terus bergerak keluar ke kereta. Tiba-tiba..

Harap maap, imej kurang jelas. paparazi

Harap maap, imej kurang jelas. paparazi

Tiba-tiba terserempak dgn Aidid Marcello sedang membuat rakaman mengenai tempat peranginan disitu. Tp gua segan la beb nak bergambar dgn dia. tangkap curi2 je la..wakaka..

Seterusnya bergerak balik ke Kundasang. Lapar yg datang menjelma dari perut menyebabkan kami berhenti singgah disebuah restoran makanan halal disitu. Nasik goreng Ayam serta air sejuk menjadi pilihan makan untuk kali ini.

Lapar sgt. tak sempat ambil gambar makanan.. hoho

Lapar sgt. tak sempat ambil gambar makanan.. hoho

Setelah kenyang, kami pun meneruskan perjalanan ke bandar Kota Kinabalu sebelum gelap, kerana jalan disini apabila gelap sangat merbahaya. [Waktu mula bahaya: 6PM]

9.30PM. Plan seterusnya dinner di Kampung Nelayan, kerana terdapat yang mengatakan bahawa tempat tu kategori “must visit” jika anda berada di Kota Kinabalu. Jadi saya pun pergi la ke tempat tersebut.

10.00PM. sampai dan terus order makanan. Disitu juga terdapat buffet. Tp tempat buffet itu telah tutup kerana waktu operasi restoran tersebut hampir tutup. Ini kerana kedai-kedai diseluruh Kota Kinabalu tutup awal.

Udang Butter dgn Ikan Merah masak Thai Style

Udang Butter dgn Ikan Merah masak Thai Style

Thai Style? hah belasah je la. Nampak menarik kan. Tapi rasanya, alahai.. biasanya rasa. Sedap lagi kat pasar philipphine. Lepas makan tgk bil. Mak oih, RM135. Tisu pon caj RM1. ha.. kepada yg rasa nak try2 tu. tapayah la. baik korang pi pasar filipina lagi sedap dan murah.

Pandangan dari depan Restoran Kampung Nelayan

Pandangan dari depan Restoran Kampung Nelayan

11.ooPM. Jalan ke restoran itu gelap. Signboard pon tidak kelihatan. Jalan mana harus ku guna untuk pulang ke pangkal jalan. Tiba-tiba teringat GPS hp didalam poketku (eksyen ni.. haha). Oh GPS, dimanakah bandar Kota Kinabalu. dia menjawab “300metre ahead, turn left and drive 4.5km before reaching destination”

Oh kakak ku, jgn jeles tau..ahahah

Oh kakak ku, jgn jeles tau..ahahah

Malam masih muda. Takkan la nak tido awal kot time jalan-jalan. jadi saya mengambil keputusan untuk lepak ditepi pantai. Pantai itu tah apa nama tapi ianya berada disebelah jalan ke Menara Tun Stephen.

Masjid Jamek KK

Masjid Jamek KK

Apabila saya lihat kembali gambar yang saya ambil, saya mendapati bahawa saya telah merakam sekali puncak Gunung Kinabalu secara tak sengaja. Rupa-rupanya Puncak ini boleh kelihatan di Kota Kinabalu jika cuaca baik.

11.50PM. Pulang ke hotel berehat untuk perjalanan keesokkan harinya. Entri untuk hari ketiga akan muncul kemudian. Selamat membaca.

Galeri gambar Day 2: http://www.facebook.com/album.php?aid=239535&id=859585441&l=e285e5be6c

Selamat Hari Raya 1429H

Ditujukan kepada pengunjung laman blog ini. Terima kasih diatas sokongan anda.
Dedicate to this blog’s visitors. Thank you for your supports.