Hello P1 Wimax, bye-bye Maxis Broadband

p1-wimaxSatu tahun yang mengecewakan setelah menggunakan Maxis Broadband. Tahun lalu, saya telah mendaftar untuk pakej 3.6mbps, tetapi kelajuan yang paling laju saya dapat lebih kurang 400kbps. Itu pun paling laju. Biasanya dalam 100-300kbps.

Saban hari menunggu bila tamatnya kontrak broadband ini. Setelah tamat kontrak terus mendaftar P1 Wimax setelah mendapat review yang baik dari kawan-kawan serta kawasan rumah saya didalam liputan wimax tersebut.

Kelajuan yang telah diuji

Kelajuan yang telah diuji dgn P1 Wimax

Saya telah mendaftar pakej 1.2Mbps. Ternyata kelajuannya lebih baik dari kelajuan Maxis Broadband 3.6Mbps yang saya langgani dahulu.

Ramai menanyakan, kenapa saya tidak pasang sahaja streamyx? Pertama sekali rumah saya tiada talian tetap. Pemasangannya mengambil kos yang tinggi. Tidak termasuk lagi bil pertama Streamyx. Tetapi untuk mendaftar P1 Wimax, hanya RM100 sahaja diperlukan dan modem akan terus diberikan.

Kini hampir seminggu saya menggunakannya. Diharapkan ianya tidak juga mengecewakan dimasa akan datang.

Kemaskini 8.45PM

Untuk pendaftaran P1 Wimax hanya RM100 dan modem akan diberikan terus secara percuma untuk kontrak 24 bulan. Tiada lagi bayaran modem RM999, stamp duty RM10, installation fee RM75 yang diwar-warkan ketika permulaan wimax ini. Bayaran utk pendaftaran dahulu sangat merepek. Kini dgn hanya RM100, P1 Wimax semakin menjadi pilihan.