Tugu Tsunami Kota Kuala Muda

Hari tu, aku pulang ke kampung di Kota Kuala Muda, tiba-tiba hati terdetik melihat kawasan yang ditimpa bencana tsunami di Kedah. Disitu terdapat kawasan rumah-rumah yang hancur dipagarkan mungkin untuk dijadikan kawasan lawatan bersejarah. Tidak ketinggallan, tugu peringatan tsunami

Tugu ini dibina dengan bot2 yang rosak ditimpa bencana

Tugu ini dibina dengan bot2 yang rosak ditimpa bencana

Kawasan pantai yang dahulunya landai dibaikpulih dengan menambah tembok batu seperti Pantai Merdeka.

Dahulu ramai trauma dengan pantai, kini ianya tinggal sejarah

Dahulu ramai trauma dengan pantai, kini ianya tinggal sejarah

Cerita dari orang kampung
“waktu baru lepas solat zohor, tiba-tiba rumah dihempas ombak dan air banjir naik secara tiba-tiba”

Kawasan yang dilindungi dengan paya terselamat dari hempasan ombak. Walaupun telah bertahun peristiwa itu berlalu, namun kesannya masih sehingga ke hari ini.