P1 Wimax v. Streamyx

Kebelakangan ini, P1 dan TM berlawan iklan. Bagus. Saingan yang sihat.

Jika kita search diinternet, ada yang mengatakan P1 Wimax s*x dan ada juga yang mengatakan Streamyx s*x. Jadi siapa yang s*x? Jawapannya tentulah orang yang mengatakan itu sebenarnya s*x.

Mengapa saya katakan begitu? Ini kerana masih ramai lagi menyokong P1 Wimax dgn Streamyx. Masing-masing berpuashati dengan servis yang mereka langgan selama ini.

haa tgk P tu lama2

haa tgk P tu lama2

Namun, masih terdapat pengguna yang tidak mendapat khidmat yang sebaiknya. Sesetengah pengguna P1 Wimax tidak mendapat liputan yang stabil.  Mereka sukar mendapatkan lampu kuning (faster) dan sering lampu oren (boley la) dan kadang2 merah (amondo ei). Bagi pengguna Streamyx lak, walaupun tak perlu modem nak letak kat tingkap, tapi kadang-kadang tidak stabil.

Tapi ini bukan point utama saya. Point utama mengenai persaingan antara P1 Wimax dgn Streamyx sepertimana berlaku pada Maxis v Digi tidak lama dahulu. Ada yang mengatakan bahawa P1 bermain kotor dengan meletakkan iklan Potong, tetapi bagaimana dengan iklan Streamyx yang memaparkan pemandu bersama kereta yang bertampalkan P yang logonya hampir sama dgn logo P1. Adakah anda akan juga mengatakan streamyx menggunakan tektik kotor?

Bagi saya, ianya merupakan tektik yang paling dituntut dalam dunia yang serba mahal ini. Dengan persaingan ini, mereka masing akan membuat pelbagai tawaran yang hebat bagi memenangi kembali hati pengguna mereka. Perkara ini yang menguntungkan sudah tentu kita sendiri.

Disini terdapat satu cerita ketika P1 Wimax muncul tidak lama dahulu. Terdapat seorang yang baru bekerja ingin memasang talian internet. Bagi kebanyakkan orang, Streamyx menjadi pilihan mereka kerana itu yang terkenal pada masa itu. Tetapi apabila  ingin mendaftar, TM menyuruhnya membayar hutang dahulu. Hutang tersebut merupakan hutang yang dilarikan oleh penyewa rumah yg sama sebelum ini. Alternatifnya, mereka menyuruh menyediakan surat dengan tanda tangan pemilik rumah bahawai dia merupakan penyewa baru.

Setelah mengemukakan surat dan kembali ke TM, mereka mengatakan memerlukan pemasangan telefon yang kosnya lebih kurang RM400. Ini tidak termasuk dengan yuran bulanan sewa talian untuk streamyx. Pengaktifan akaun streamyx pun RM80. Baginya ianya satu yg membebankan kerana baru berkerja dan akan mendapat bil hutang yg mantop kerana perlu membayar streamyx untuk 2 bulan pertama.

Potong!

Potong!

Ketika berjalan-jalan dipasaraya, terdapat booth P1 yang mempromosikan produknya dengan hanya membayar RM100 dan terus mendapatkan modem dan internet ketika pulang dirumah. Sungguh menjimatkan kos.

Tapi itu cerita dahulu..

Sekarang pelbagai promosi yang ditawarkan sehingga tidak perlu membayar kos untuk pemasangan.  Jadi sebagai pengguna, pilihla mengikut kesesuaian anda. Pilihlah mengikut kawasan liputan dan tawaran.

Sekian terima kasih

Notes: Bagi yang ingin mendaftar P1, cek la dulu kawasan coverage dia kat website. ni idok, terus rembat P1 pastu kata P1 s*x. ngek betul. hahah. Kalau dalam coverage pun problem gak, pergi la hantar balik, bukan ke ada money back guarantee?!