Gagak Hitam

Telah sebulan restoran beroperasi. Pelbagai ragam manusia dan keturunan dapat dilihat. Kali ini aku nak bercerita pasal Gagak Hitam. bukannya pasal geng samseng tu, tapi pasal mamat waka waka ey ey yang menempek kat kedai.

Mereka ramai dan akan duduk memenuhi meja dibahagian luar, namun, satu air atau makanan sekali pun tidak dipesan. hanya duduk memenuhi meja berjam2 dan membuat bising. Dari pemerhatian, hanya beberapa orang saja yang bekerja/pelajar, selainnya hanya pendatang yang tidak ketahuan.

Cuba kira ada berapa orang dalam gambar ni

Kebanyakkannya tidak mempunyai duit, tapi bila nak order minum, mesti coke dan 100 Plus. Kemudian ada beberapa trik mereka untuk melarikan diri.

Trik melarikan diri dari membayar:
- Lepak lama-lama. Nampak bas lalu terus tahan dan naik bas dan berlalu pegi.
- Lepak ramai-ramai. Blah sorang2. Maka orang terakhir yang akan menjadi mangsa.
- Seperti trik kat atas, tp org terakhir akan membayar apa yg dia minum dan mengatakan tidak tahu utk minuman lain.
- Jika berseorangan. pura-pura mendapat panggillan telefon dan blah begitu saja.

Tapi nasib baik bapak aku ada, dia akan kejar mamat2 tu sampai dia bayar setelah beberapa trik dikenalpasti.

Perangai Buruk

Bukan nak mengata, tapi itulah yang berlaku. Baik melayu, cina mahupun india, tidak mempunyai masalah. Tapi si gagak hitam ni agak kurang ajar. Bila dia minta bill, dan kita nyatakan harga, dia kata “you calculate like fool!” pastu bila dah kira depan dia betul2, baru dia senyap.

Kedai ini menyediakan lauk campur2, dia ambil begitu banyak lauk, sudah tentu harga akan berganda. Lalu dia akan mengatakan, “its expensive, i dont want to come”. Tapi keesokkan harinya, hari2 dia dtg kedai.

Bila makan pulak “this one have sugar”. Dah tentu lauk pauk melayu ada gula. Bukannya manis, sekadar menambah rasa. Bila tunjuk ikan masin dgn telur masin, tak ndak plak dia nak amek.

Cukuplah setakat ni, ada banyak lagi cerita pasal gagak hitam sampai boleh la blog dedikasi pasal derang je. Semoga kita berjumpa lagi.

Warung Pak Teh

Setelah sekian lama blog ini tidak diusik dan berupdate, ini disebabkan kesibukan yang melanda untuk pembukaan restoran baru di Taman Putra Perdana Puchong.

Restoran ini menawarkan masakan Melayu seperti Nasi Lemak, Lauk Campur dan goreng2 pada sebelah malam. Jemput la datang beramai-ramai ke Warung Pak Teh.

Link Berkaitan:
- Laman FB Warung Pak Teh

Update Kombo

Sudah lama rasanya blog ini tidak dikemaskini. Ianya semua disebabkan oleh kebizian yang melanda secara tiba-tiba. Mari kita lihat apa yang berlaku sepanjang tidak update blog ini.

10 Jun 2009

Lagi sekali menjelajah utara untuk kali kedua bulan ini. Kali ini majlis persandingan berlangsung di Alor Setar pada keesokkan harinya. Sebelum sampai ke Alor Setar, singgah sebentar di Ipoh untuk makan tgh hari. Kemudian perjalanan diteruskan sehingga ke Gurun untuk bermalam.

11 Jun 2009

Bergerak seawal pagi untuk mula menangkap gambar pengantin. tangkap2 punya la tangkap sampai la ke malam.

Alor Setar

Alor Setar

Malam tu pulak plan nak balik KL terus sebab pada 13hb ada majlis yang lain. Tetapi ketika dalam perjalanan balik, perasaan mengantuk datang secara tiba2. Lalu menelefon sedara mara yang berada di Sg Petani untuk tumpang bermalam.

12 Jun 2009

Pagi yang segar. Perjalanan balik kemudian diteruskan. Sempat singgah di Ipoh untuk makan tgh hari di Greentown Mall. Bergerak dari Ipoh pukul 4 petang dan sampai rumah pukul 8.30 malam. Perjalanan mengambil masa yang lama kerana kebosanan lalu membawa 100kmj, maka lambat la sampai. tapi biar lambat asal selamat.

13 Jun 2009

Pagi seterusnya, majlis persandingan Boss & Malin di Puchong Selangor. Rasa penat yang melanda belum habis ditambah dengan rasa penat lagi. Majlis ini walaupun simple, tapi ahli keluarga mereka sangat sporting dan kreatif dalam membantu dalam sesi fotografi.

Berlompat sakan di jambatan di Putrajaya

Berlompat sakan di jambatan di Putrajaya

Hari tidak habis begitu saja. Sejurus selesai sesi fotografi majlis tersebut. Saya terus mencapai kunci kereta dan menuju ke Genting Highland.  Salah seorang kawan saya mempunyai rumah disana dan mengajak untuk BBQ farewell sempena seorang kawan yang akan pulang ke Iran.

Genting

Genting

dan bermain Playstation dan pelbagai lagi sebelum tidur.

Begitulah ceritanya yang berlaku. selamat membaca

Nota: Kepada client-clientku yg mungkin membaca blog ini, maaf kerana keterlewatan dalam menyiapkan kerja

Amax Wimax – Another Wimax Provider

Kali ini menceritakan lagi satu jenis pembekal wimax iaitu Amax. Pembekal ini jugak seperti P1 cuma bezanya P1 membekalkan lebih awal dari Amax. Terdapat promosi untuk student dimana mereka hanya perlu membayar RM60/sebulan untuk kelajuan sehingga 1MbpsamaxUntuk pakej ini, Modem USB akan dibekalkan. Terdapat juga pakej lain membekalkan produk yang lain seperti Multi-User Modem dan Indoor Antenna. Maklumat lanjut mengenai pakej boleh didapati dilaman Amax

Namun bukan semua tempat mempuyai coverage untuk wimax ini memandangkan ianya masih baru. Di Puchong sahaja pun hanya terdapat disekitar IOI Mall. Ianya makin bertambah akan bertambah dari semasa ke semasa.

Kepada yang menggunakan Amax, silalah berkongsi mengenai kelajuan dan kestabilan pembekal tersebut.

Gigi oh Gigi

Saya diserang sakit gigi sejak awal tahun ini. Oleh kerana kesakitan yang melampau, saya bergegas ke Klinik Kesihatan ke bahagian pergigian untuk mencabut gigi. Namun doktor itu mengatakan bahawa saya perlu mengambil ubat terlebih dahulu untuk menghilangkan kesakitan sebelum gigi dicabut.

2 minggu selepas itu, saya pergi lagi sekali ke Klinik Kesihatan. Almaklumlah, cabut gigi kat situ singgit je. Kali ni doktor yang lain.

Doktor: gigi kamu ni takde la teruk sgt. ade 2 option, sama ada cabut atau buat rawatan akar
Ejon: Rawatan akar? mende tu?
Doktor: Rawatan akar ni dilakukan untuk mematikan gigi dan membuang akar yg rosak.
Ejon: Jadi yg mana lagi ok?
Doktor: Kalau saya jadi awak, saya akan buat rawatan akar. tp kat sini (Puchong) tak buat rawatan akar, kena pergi tempat lain.
Ejon: Kat mana tu
Doktor: Klang ada, Hospital University ada

ditebuk dan ditampal

ditebuk dan ditampal

Kemudian saya pun pulang ke rumah. Kesakitan hanya datang sekali sekala. 2 malam semalam, sakit gigi menyerang sampai takleh nak tido walaupun dah mengantuk tahap mega. dan pagi semalam terus pergi ke Klang (dari Puchong) untuk mendapatkan rawatan akar (ini kerana bukan semua klinik pergigian kerajaan menawarkan khidmat rawatan ini)

Doktor: Nak cek gigi ke
Ejon: Bukan, nak buat rawatan akar
Doktor: Macammana kamu tahu rawatan yg kamu nak buat
Ejon: Doktor dari Puchong refer suruh datang sini
Doktor: Jauhnye, takpe kita cek dulu..
Selepas seminit..
Doktor: Ini takleh buat rawatan akar
Ejon: Kenapa doktor?
Doktor: Sebab gigi kamu kotor sangat
Ejon: Erk!~
Doktor: Lepas ni kamu balik Puchong, buat appointment dengan doktor sana, buat Scaling dulu untuk buang plak. Lepas tu baru datang sini balik.
Ejon: Baiklah~

Kesana kesitu hanya kerana gigi. Tapi apa boleh buat, nak jimat punya pasal. Kat Klinik kesihatan, Rawatan Akar hanya RM5 je jika hendak dibandingkan dgn klinik swasta yg  beratus2 ke ribuan.