Monitor Rosak untuk dijual. haha
ini yg telah dijumpai kat laman mudah.my

siap dgn tukul kat sebelah lagi. haha. elok sgt la tu.
hah ni lagi satu. semua dalam keadaan baik kecuali display takleh on. jadi apa yg semua keadaan baik? hahahah
kadang2 bila tgk balik dalam website tu, dah apekebende segala mak nenek nak jual. kepada yang nak beli tu, survey2 la dulu. kadang2 org yg jual ni ikut harga dia beli bukan ikut harga semasa. contohnya crt monitor dulu2 beli rm400 pastu dia ingt kalau jual rm200 dah murah sgt dah padahal harga tu dah bleh dapat lcd terpakai lagi.
Cerita Baru
Apa khabar kepada semua pengunjung blog ini. Sudah lama blog ini tidak dikemaskini berikutan kerja yang datang bergolek-golek untuk disiapkan. Terdapat pelbagai cerita yang ingin dikongsi, tapi kita kongsi satu cerita dulu hokeh!
Cerita 1
Pada 7 Oktober yang lalu, laptop aku, Mr. Compaq mengalami kerosakan dimana secara tiba-tiba. On je lepas 1 saat blackout balik. Macam2 dah buat, cucuk plug, cabut bateri, pasang bateri, betulkan ram, tapi tak boleh on jugak. Sampai sejam try takleh jugak. givap sambung esok.
Keesokkan harinya, masih tiada perubahan, on sesat lalu blackout. Perkara ini berlarutan sehingga 4 November (hampir sebulan). Niat dihati ingin hantar repair di HP Tower. Cek dulu sebelum gerak, masih tidak boleh on.
Tiba dikaunter HP,
“Masalah ape ye encik” kata pegawai dikaunter itu,
“ini laptop takleh on la” balas aku lalu cuba untuk menunjukkan kepada beliau apa yg berlaku.
Tiba-tiba laptop aku boleh on plak!
aik, punya la berabad takleh on, sampai je service center je bleh on? Lalu aku pulang dengan perasaan yang tidak ketahuan.
Sekian
Tersadai

Beginilah kelihatan beramai-ramai berkelah dibahu lebuhraya.
Lebuhraya PLUS, 29 Jun – Pada hari Ahad yang lalu, bas yang dinaiki saya yang menuju dari Shah Alam ke Sg Nibong, telah berhenti secara tiba-tiba 18KM sebelum Exit Jawi (Pulau Pinang). Keadaan didalam bas masih lagi tenang kerana suasana yang hujan diluar menyebabkan ramai tidur ketika itu. Namun, Bas masih tidak bergerak setelah 40 Minit.
Kemudiannya penumpang bas telah turun dari bas untuk memerhatikan apa yang terlaku. Saya bertanya terus kepada Pemandu Bas tersebut,
Ejon: bang, awat dgn bas ni?
Pemandu: enjin jatuh tadi, tp tak tercabut dari bas dan terseret sbb sangkut kat kaki enjin lagi.
Ejon: dah tu camna skang?
Pemandu: tu tgh dok biaq depa pi repair pasang kaki baru sampai siap.
Ya! enjin bas telah jatuh ke jalan. Namun ianya tidaklah mengejutkan kerana bas tersebut telah berumur 11 Tahun dan agak uzur. Akhirnya semua penumpang dpt menuju ke destinasi setelah terdapat Bas Ekspres yang lain memberikan bantuan dengan menyumbat semua penumpang ke bas lain.
Moral of the story: Naik la bas lama kalo nak piknik tepi jalan



