Trip to Sabah II – Day 4
Ini merupakan bahagian terakhir untuk trip kali ini. Plan utk hari keempat berlaku secara spontan dan dalam sekelip mata.
11 April 2009
5.30AM. Solat Subuh di Masjid Jamek KK
6.00AM. Bergegas ke Kompleks Sukan UMS untuk melihat sunrise untuk hari terakhir di Sabah. Kali ni takde la dapat bentuk bulat matahari. Tapi suasana sunrise pada waktu pagi sungguh mengasyikkan.

6.15AM - Sunrise berlatarkan Gunung Kinabalu
8.30AM. Bergerak ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu, Terminal 1 untuk pulang ke Kuala Lumpur.
10.30AM. Dalam flight. Saat ditunggu telah tiba. Breakfast diudara. Kali ni nak try Omelette lak.

Sosej, telur, sayur, roti, jem, biskut serta jus oren
Silap la. patut ambik nasik lemak baru kenyang sket. huhu

kerusi yang berwarna-warni - meriah
Ketika didalam pesawat, disebelah saya terdapat warga Indonesia yang mahu pulang ke Jakarta dari Kota Kinabalu. Lalu saya memulakan konversasi.
Saya: Pakcik mahu jalan-jalan di Kuala Lumpur ke
Pakcik: tidak, saya mahu pulang ke Jakarta transit di KLIA dulu.
Saya: Takde flight direct ke
Pakcik: Ada tetapi waktu malam, saya mau balik siang
Saya: Bukan ke ada Indonesia airlines
Pakcik: Saya tak percaya dengan airlines sana. Saya hanya percaya flight dari Malaysia.
Saya: oho. begitu rupanya
Tak sangka bukan rakyat Malaysia menyukai Malaysia Airlines. Syabas kepada Malaysia Airlines kerana memberikan layanan terbaik serta membawa penumpang selamat sampai ke Destinasi
12.30PM. Tiba di KLIA. Berakhirnya trip untuk kali. Semoga berjumpa lagi
Trip to Sabah II – Day 3
Plan utk hari ketiga, pergi ke Tip of Borneo, Kudat dan Dinner di Atmosphere, revolving restaurant di Menara Tun Stephen. Tapi itu hanyalah plan.
10 April 2009
8.00AM. Kali ni gerak awal sikit sebab parking didepan TuneHotels, 1Borneo akan dikenakan tiket bermula pada pukul 8 pagi. Jadi kena bergerak sebelum pukul 8 pagi. Sebelum tiba di Kudat, singgah sebentar di Pekan Taginambur berhampiran SMK Narinang di Kota Belud untuk melihat lagi Gunung Kinabalu di waktu pagi.
8.45AM. Kami tiba didestinasi. Rupa-rupanya dari Kota Kinabalu ke Kota Belud tidaklah begitu jauh. Itupun dengan kelajuan kereta 80kmj. Kalo laju lagi lagi cepat sampai.

Bergambar bersama puncak Gunung Kinabalu
Misi berjaya. Akhirnya dapat lihat dengan lebih jelas diwaktu pagi. Kerana apabila waktu tgh hari, awan mula menyelimuti gunung tersebut sehinggalah waktu pagi keesokkan harinya. Seterusnya kami ke Pekan Taginambur, untuk melihat sungai yang dipercayai sumber airnya dari gunung tersebut.

Air sungai yang sangat jernih
Namun kami tidak berhenti disini sahaja, kerana plan ke Kudat mesti dilawati. Sebelum meneruskan perjalanan balik, singgah sebentar untuk sarapan serta membeli bekalan “jajan” disebuah pasaraya di Kota Belud.

Kota Belud: Pekan Kuda?
10.00AM. Perjalanan diteruskan ke Kudat. Dari Kota Belud ke Simpang Mengayau (Tip of Borneo) mengambil masa lebih kurang 2 jam. Keadaan muka jalan yang tidak begitu baik membuatkan perjalanan tidaklah begitu laju. Terdapat juga kawasan dimana tiada jalan tar. Kereta kancil ini ibarat kereta flinstones yang bergerak begitu perlahan tidak mampu menyaingi kelajuan 4wD di jalan berbatu.

Kalo bas che kiah lalu sini, mau tayar pegi dulu neh
Jadi saya sarankan, sesiapa yang ingin ke Simpang Mengayau, carilah kenderaan yang lebih sesuai sedikit dengan permukaan jalan sebelum anda berjoget sakan didalam kereta Kancil.
12.10PM. Tiba di Simpang Mengayau (Tip of Borneo) dengan rasa gembira setelah mengharungi rintangan yang melanda. Kereta masih lagi dalam keadaan baik. Cuma consumption minyak agak tinggi kerana terpaksa menggunakan gear rendah ketika berada dijalan berbatu tadi.

Tip of Borneo
Ini merupakan kawasan paling utara dikepulauan Borneo ini. Disini terdapat pertembungan Laut China Selatan dengan Laut Sulu. Jika ada berdiri disini, anda boleh menyaksikan 2 arus dari arah berlainan. Kawasan ini tidak sesuai untuk rekreasi mandi-manda.

Tugu yang berada di Tip of Borneo
Disitu juga terdapat sebuah kedai makan untuk pengunjungnya berehat sambil minum air kelapa menyejukkan badan setelah penat datang disini.
Berdekatan dengan sini, terdapat sebuah pantai yang sangat indah dengan pasir halus yang putih serta air biru seperti berada di kolam renang.

Kelihatan Tip of Borneo dari pantai ini
Kawasan ini mempunyai kepadatan penduduk yang sangat jarang. Jadi tidak ramai yang berada disini untuk berrekreasi. Begitu juga di Tip of Borneo, ketika itu hanya 4 kereta sahaja yang berada disitu. Ianya tidak seperti pusat pelancongan di semenanjung dimana semuanya dipenuhi dengan orang ramai.
2.45PM. Mula bergerak balik. Plan seterusnya singgah di Rungus Long House di Kg. Bavanggazo kira-kira 30 minit perjalanan dari Tip of Borneo.

Pemandangan dalam rumah panjang
Bayaran yang dikenakan untuk masuk ke rumah panjang ialah RM5 manakalah untuk student RM2. Didalam rumah panjang ini, kita dapat melihat suasana rumah panjang serta dapat membeli cenderamata yang dihasilkan sendiri oleh penduduk rumah panjang itu sendiri.
4.40PM. Bergerak pulang ke Kota Kinabalu. Tiba-tiba baru perasan yang minyak kereta hampir kehabisan. Stesen minyak berdekatan pula 110KM di Kota Belud jauhnya (berdasarkan GPS). Jadi saya menyasarkan sedikit perjalan ke Kota Marudu hanya untuk mengisi minyak dan meneruskan perjalanan.
Kepada yang menaiki kancil ke Tip of Borneo, dinasihatkan untuk singgah sebentar di Bandar Kudat untuk mengisi minyak full tank kerana selepas itu hanya kelihatan perkampungan dan hutan2 sehingga Kota Belud.
8.00PM. Sampai di Kota Kinabalu, plan utk ke Atmosphere Restaurant terpaksa dihapuskan kerana sunset telah lama terbenam. Jadi plan seterusnya ke Pasar Filipina untuk makan malam.

Ketam bakar dengan Ikan Susu bakar
Dinner itu bukan pengakhiri perjalanan untuk hari ini. Untuk pengetahuan anda, saya hanya tinggal di TuneHotels untuk 3 hari 2 mlm saja. Lagi 1 hari 1 malam berada di luar. Jadi mandi malam di sebuah tempat mandi di sebelah pantai yang berada disebelah jalan ke Menara Tun Stephen.
11.30PM. Bergegas ke CP, Kota Kinabalu untuk menyaksi Fast & Furious 4 dipawagam Growball Cinemax. Tiket hanya RM5 untuk student walaupun tayangan tengah malam sekalipun.

mmg luas la ini wayang
Namun terdapat sebahagian scene cerita tersebut tak dapat tengok kerana ketiduran didalam pawagam tersebut. hoho
2.30AM. Lepak online di McD Shell sehingga subuh. Begitulah perjalanan untuk hari ketiga. Mari nantikan utk hari keempat lak. hehe
Galeri gambar Day 3: http://www.facebook.com/album.php?aid=239819&id=859585441&l=2425cf9785
Trip to Sabah II – Day 2
Okeh mari ke hari yang kedua dalam perjalanan ke sabah hari ini. Pada hari kedua saya merancang untuk ke Kundasang dan Poring untuk melihat Puncak Gunung Kinabalu setelah terlepas peluang pada Trip Sabah yang lalu.
9 April 2009
10AM. Plan nak gerak selepas subuh. Tapi lepas dapat tilam je dah tak hengat dah ape. Pukul 10 jugak bergerak dari Kota Kinabalu. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 2 jam ke Kundasang dgn Kancil 850.

Berhenti rehat di Kalangadan Restaurant. Kira2 30 minit sebelum sampai ke Kundasang. Akhirnya dpt gak keta sewa plat sabah. wakaka
Setelah sampai di Kundasang, saya pun meneruskan perjalanan ke Poring Hot Spring kerana disitu terdapat Canopy Walk. Untuk pengetahuan semua, masuk ke Poring Hot Spring kena RM3/seorang. Namun apabila sampai ke pintu Canopy walk, kena bayar lagi RM3/seorang untuk naik. Bukan itu sahaja, terdapat juga tambahan dimana satu kamera akan dikenakan caj RM5 manakala video kamera lak RM30. Kamera SLR ni gabak nak sorok pon tableh. mmg obvious la kan nak kata tak bawah. haha

kena mendaki dulu
Setelah masuk pintu kaunter tiket canopywalk, kita kenalah mendaki bukit. Ingatkan masuk2 dekat je dgn kanopiwalk. Namun terpaksa mendaki bukit sejauh 450 meter untuk sampai ke Canopywalk. 450meter bunyi mcm dekat, tp jika dicondongkan, mak aih tinggi bebenor. Sian kat Amei kena panjat bukit dgn wedges baru dia. hoho
Akhirnya, sampai jugak ke Canopywalk. ataupun dengan erti kata lain, jambatan gantung. Tinggi dan best. merentasi hutan pada ketinggian pokok serta bermain goyang2 jambatan bersama Amei. Sangat menyeronokkan. hehe

Tinggi dan menakjubkan
Dah pandai panjat, pandai la turun bukit la yer. Setelah penat mendaki tadi, penat tu hilang lepas naik canopy walk. tapi penat tu datang kembali sebab kena turun bukit balik. Memang hancur la wedges dia tu. haha

Kegembiraan ketika sampai dihujung jalan
Disitu juga terdapat Taman Rama-Rama. Tapi masuk pon kena duit jugak. hah tapayah la masuk. Terus bergerak keluar ke kereta. Tiba-tiba..

Harap maap, imej kurang jelas. paparazi
Tiba-tiba terserempak dgn Aidid Marcello sedang membuat rakaman mengenai tempat peranginan disitu. Tp gua segan la beb nak bergambar dgn dia. tangkap curi2 je la..wakaka..
Seterusnya bergerak balik ke Kundasang. Lapar yg datang menjelma dari perut menyebabkan kami berhenti singgah disebuah restoran makanan halal disitu. Nasik goreng Ayam serta air sejuk menjadi pilihan makan untuk kali ini.

Lapar sgt. tak sempat ambil gambar makanan.. hoho
Setelah kenyang, kami pun meneruskan perjalanan ke bandar Kota Kinabalu sebelum gelap, kerana jalan disini apabila gelap sangat merbahaya. [Waktu mula bahaya: 6PM]
9.30PM. Plan seterusnya dinner di Kampung Nelayan, kerana terdapat yang mengatakan bahawa tempat tu kategori “must visit” jika anda berada di Kota Kinabalu. Jadi saya pun pergi la ke tempat tersebut.
10.00PM. sampai dan terus order makanan. Disitu juga terdapat buffet. Tp tempat buffet itu telah tutup kerana waktu operasi restoran tersebut hampir tutup. Ini kerana kedai-kedai diseluruh Kota Kinabalu tutup awal.

Udang Butter dgn Ikan Merah masak Thai Style
Thai Style? hah belasah je la. Nampak menarik kan. Tapi rasanya, alahai.. biasanya rasa. Sedap lagi kat pasar philipphine. Lepas makan tgk bil. Mak oih, RM135. Tisu pon caj RM1. ha.. kepada yg rasa nak try2 tu. tapayah la. baik korang pi pasar filipina lagi sedap dan murah.

Pandangan dari depan Restoran Kampung Nelayan
11.ooPM. Jalan ke restoran itu gelap. Signboard pon tidak kelihatan. Jalan mana harus ku guna untuk pulang ke pangkal jalan. Tiba-tiba teringat GPS hp didalam poketku (eksyen ni.. haha). Oh GPS, dimanakah bandar Kota Kinabalu. dia menjawab “300metre ahead, turn left and drive 4.5km before reaching destination”

Oh kakak ku, jgn jeles tau..ahahah
Malam masih muda. Takkan la nak tido awal kot time jalan-jalan. jadi saya mengambil keputusan untuk lepak ditepi pantai. Pantai itu tah apa nama tapi ianya berada disebelah jalan ke Menara Tun Stephen.

Masjid Jamek KK
Apabila saya lihat kembali gambar yang saya ambil, saya mendapati bahawa saya telah merakam sekali puncak Gunung Kinabalu secara tak sengaja. Rupa-rupanya Puncak ini boleh kelihatan di Kota Kinabalu jika cuaca baik.
11.50PM. Pulang ke hotel berehat untuk perjalanan keesokkan harinya. Entri untuk hari ketiga akan muncul kemudian. Selamat membaca.
Galeri gambar Day 2: http://www.facebook.com/album.php?aid=239535&id=859585441&l=e285e5be6c
Trip to Sabah II – Day 1
Sabah lagi. Kali ini pergi setelah Malaysia Airlines buat promo baik punya. RM134 dari Kuala Lumpur – Kota Kinabalu untuk pergi dan balik. bermakna satu perjalanan berharga RM67 termasuk tax. Sangat murah bagi perjalanan 2 jam 30 minit.
8 April 2009
Bermula perjalanan ke KLIA. Flight pukul 9pagi tapi pukul 8 pagi dah melekat dah kat situ. airport yang luas itu membuatkan keletihan berjalanan dari pintu ke tempat berlepas.
9AM. Sepatutnya flight berlepas time ni. 9.30AM pilot tu memulakan ucapannya dan mengatakan bahawa terdapat kesesakan di tempat berlepas (tak sangka kapal terbang pon tersangkut dalam traffic jam. wakaka). Kemudian barulah flight berlepas. Sepanjang perjalanan, layanan yang diterima dari Pramugari/pramugara sangat tip top.

Layan jus ape tah sambil layan majalah dalam flight tersebut
Tgh2 syok baca magazine dia, datang seorang pramugari, “Encik, kali ini kami ade breakfast. Encik nak Nasik Lemak ke atau Omelettes.” tiba2 terdengar suara dari belakang seorang pemuda kepada kawannya, “amek nasik lemak kyg sket” lantas saya terus meminta nasik lemak.

Nasik Lemak, Buah, Roti dan Jem, Yogurt Bliss & Ferrero Rocher!
Mak aih. heavennye makan dan makanan memang disediakan bagi perjalanan ini. Kalo naik Air Asia, dia akan meniaga nasik lemak atas flight.. hoho. Kelihatan kiri dan kanan sgt berselera dengan juadah didepan mata.
12.30PM. Flight mendarat, tapi bukan kat Kota Kinabalu. Flight transit kat Labuan. Labuan Airport yang sunyi. Sejak dari mendarat sampai berlepas semula pun, takde flight lain yg berlepas mahupon mendarat pun.
1.30PM. Baru flight mendarat di Kota Kinabalu. Lama sungguh perjalanan. Amei dan Shasha datang menjemput saya di airport bersama kereta sewa yang ditempah disana terlebih dahulu dan terus menghala ke TuneHotel utk check-in

Nak kenal staff dia senang je. Bukak website TuneHotels. Muka2 model dalam website tu semua staf TuneHotel Kota Kinabalu. wakaka
Terdapat sedikit masalah ketika nak daftar masuk. Dimana staff itu mengatakan bahawa tempahan saya tiada dalam rekod. Kemudian saya mendapat tahu bahawa tempahan online sepatutnya kena buat sekurang-kurangnya 2 hari sebelum menginap kerana terdapat delay proses dalam online booking tersebut.
2.30PM. Lama sungguh menunggu untuk pengesahan tempahan. Dah la pukul 3 ni abes time Mcd Lunch Time.
lalu staff itu memanggil dan menyerahkan kad akses untuk bilik. [info: tempahan online last minit utk 3 hari 2 mlm di Tune Hotel, RM135.13]
Seterusnya berlari-lari berkejaran ke McD. mcm la kat kl takde McD. Selepas makan, saya berehat kejap di hotel kerana tidak tidur semalaman kerana membuat kerja. Amei dan Shasha lak bersoping-sakan di 1Borneo. Oh lupa lak. Tune Hotels ni terletak dalam mega mall 1Borneo.
6.00PM. Bergerak ke Pantai Tg Aru utk melihat sunset. Tapi perjalan dari Hotel ke Pantai tersebut pun dah mengambil masa setengah jam. Jadi sampai2 pun dah maghrib. Maghrib awal la plak kat sana.

takde rupa sunset pon
Oleh kerana dah terlambat, sampai pun gelap. Terus menjadi lapar dan bergerak mencari makanan di Pasar Filipina! Saat yang ditunggu telah tiba. Seafood kat sabah murah dan sedap.

bayang2 hitam tu lense hood lupa nak bukak
Sotong Bakar dengan Ikan Belais Bakar. Fuh tangkap leleh. murah lak tu. pastu pulang ke hotel untuk tido tak hengat dunia. Untuk hari kedua di Sabah lak. Marilah bersama2 kita tunggu.
Galeri gambar Day 1: http://www.facebook.com/album.php?aid=239526&id=859585441&l=1077367f30
Flashback
Last entri saya sebelum ke Sabah ialah pada november 2008 bertajuk Fraser Hill. Kemana saya pergi selepas itu sehingga ke sabah? Teruskan bersama saya.
28 – 30 November 2008: Johor Bahru
Perjalanan ke Johor Bahru bertujuan untuk mencari blueprint bangunan lama di Kalam, UTM Johor. Saya, Fendi, Baha dan Lyn bergerak ke Johor pada malam itu. Paginya bangun terus ke UTM untuk mencari blueprint untuk projek akhir tahun dan seterusnya berjalan-jalan dikawasan Johor.

Proses mencari blueprint2 yg melambak2 ni

kepenatan serta kebosanan mencari blueprint

takkan la jalan jauh-jauh semata-mata cari blueprint je. alang2 tu lajak ke Danga Bay.. hoho
30 November 2008: Zarn dan Sue, Batu Pahat, Johor
Zarn merupakan ahli Savoc yg bergiat aktif kawasan utara melangsungkan perkahwinannya bersama orang Penang.

Sue dan Zarn
19 Disember 2008: Genting Highland
Ini plan gilak punya.
“apa eh nak buat skang?”
“jom gi genting”
“ok jom”
terus bergerak ke genting. wakakaka.. first drive sampai ke atas skali pada waktu tgh malam. Suasana yang sgt sejuk serta kabus tebal

Sapa punya idea tah suh bergambar sebaris. Dari depan: Jerry, Ella, Azman, Nana dan Faizul
26 – 27 Disember 2008: Roslia dan Roslan, Negeri Sembilan
Majlis persandingan diantara Roslia dan Roslan di Kampung Chuah, Port Dickson, Negeri Sembilan.

Roslan dan Roslia
Kalau tak silap la, pengantin lelaki berumur 22 tahun manakala pengantin perempuan berumur 24 tahun ketika itu.
28 Disember 2008: Faizal kawen, Kg Gajah, Perak
Esoknya terus bergegas ke Kg Gajah Perak untuk menghadiri majlis persandingan faizal dgn isterinya.

Antara perserta-peserta rombongan ke majlis perkahwinan faizal
Seterusnya kami beramai2 berjalan-jalan di Lumut.

Pemandangan indah dikawasan padi yg menghijau

Beramai-ramai menikmati angin bayu ditepi laut. mcm gheyy je.. wakaka
1 Januari 2009: Adawiyyah dan Izwan, Putrajaya
Majlis Persandingan Adawiyyah dan Izwan di Putrajaya. Adawiyyah merupakan bekas pelajar MMU dalam jurusan Virtual Realiti, batch pertama.

Adawiyyah dan Izwan
13 Januari 2009: DM Final
Lepak di kelas budak DM semester terakhir. Mereka kelihatan begitu gembira kerana ini merupakan hari-hari terakhir mereka bergelar seorang pelajar.

Apa masalah tatau mamat ni.. ahahah
15 Januari 2009: Genting lagi
Genting lagi. Kali ini bersama budak DM. oh DM stand for Digital Media, one of majoring in Faculty of Creative Multimedia. Oleh kerana mereka dah nak abes. Ini outing untuk meraikan kejayaan mereka.

Dari kiri: Cab, fir, ekin, ika, ijan, chim, kaz, faizul
17 – 19 Januari 2009: Sabah
The best ever trip. review pasal Sabah terdapat pada entri sebelum ini
25 Januari 2009: Mus dan Shiba, Kulim Kedah
Majlis Pertunangan Mus dan Shiba di Kampung Padang Tembak, Kulim, Kedah. Saya dan Shiba berkawan sejak dibangku sekolah lagi.

Mus dan Shiba pakai baju putih kat belakang tu. Kat depan merupakan kawan2 sejak disekolah
26 Januari 2009: Fauzan kawen, Sg Petani, Kedah
Majlis Perkahwinan Fauzan dan isterinya di Sg Petani, Kedah.

ini bukan pengantin. gambar ni ditangkap ketika tgh tido dan ada org lain yg tangkapkan. haha
Sekian, wassalam



