Jelajah Utara

Hoolahup! kembali menghapdet blog setelah beberapa hari diluar kawasan. Plan pada kali ini adalah untuk men-foto2 kahwin Safarizal@Gohanz di Arau, Perlis dan pusing Penang serta lajak ke Hatyai. Tetapi, plan ke Hatyai tidak menjadi kerana kekurangan modal. hehe. Okeh, langsung ke penceritaan

28 Mei 2009

Bermulalah perjalanan dari Puchong pada pukul 9.30pg. Sebelum masuk ke lebuhraya, saya menopap touch-n-go di Shell terlebih dahulu untuk mengelak dari kesesakan beratur. Sampai je pintu masuk touch-n-go plaza tol USJ, tetttt.. “kad tidak sah”. ah sudah. sampai la datang staff plus dan menyuruh saya ke touchngo point utk activate kembali kad tersebut dan semesti kena gostan kereta dan beratur mengambil kad transit.

12.30PM. Sampai Plaza Tol Ipoh selatan sambil beratur di Plaza tol dan meluru ke ofis sebelah tol.

Staff: ye bleh saya bantu
Saya: Boleh activate balik tak kad ni
Staff: Sebentar ye (sambil menelefon touch-n-go centre)
Staff: Kad ni dah lama tak guna, kena activate balik. tapi ada 2 tempat je boleh activate, satu di KL Sentral dan satu lagi di Jalan Klang Lama.

Mengapakah staff di tol USJ tak beritahu awal2 sebelum memulakan perjalanan. Sekarang perjalanan dilencongkan sedikit ke Ipoh. Singgah sebentar ke rumah Hekin dan makan tengah hari di JJ Ipoh

Bolognese Spaghetti Kenny Rogers.. I loike

Bolognese Spaghetti Kenny Rogers.. I loike

3.30PM. Perjalanan masih jauh dan perlu diteruskan. Dari Ipoh ke Penang. Plan ke Penang untuk tidur satu malam dirumah kakak saya sebelum meneruskan pemanduan ke Perlis.

7.45PM. Sesampai je Penang, kakak saya terus mengajak keluar makan di gerai-gerai makan di Gurney Drive berdekatan dengan bulatan Gurney.

Orang kata kalau datang Penang, mesti try Char Koey Teow

Orang kata kalau datang Penang, mesti try Char Koey Teow

Tapi bagi mereka yang datang ke Penang, tak disarankan datang situ sebab situ takde la sedap sangat. ngahahaha. Baik lepak di Padang Brown. Kalau nak makan Char Koey Teow yang sedap, sila la ke Char Koey Teow yang berdekatan dengan Tokong Ular.

29 Mei 2009

8.30AM. Pagi-pagi nak kena gerak. Meneruskan perjalanan ke Arau Perlis melalui Changlun dan Lebuhraya Kuala Perlis serta mengambil masa 2 jam 30 minit perjalanan dari Penang. Di Perlis, tumpang tinggal dirumah sepupu yang tinggal berdekatan dengan majlis kenduri tersebut.

8.00PM. Menurut pakcik2 kat situ, majoriti penduduk dikawasan itu bernikah pada waktu malam selepas Isyak. Jadi malam-malam ke tempat pernikahan yang berlangsung dirumah pengantin perempuan dan berwalikan bapa pegantin tersebut.

setel sudah

setel sudah

30 Mei 2009

12.00PM. Bergerak ke tempat mekap pengantin. Putra Palace. Hari ini macam biasa la, tangkap gambar sampai ke petang. Outdoor untuk kali ini agak menarik sedikit. Pertama, dikawasan sawah padi yang tengah menghijau serta Jeti Langkawi, Kuala Perlis.

Inilah pengantinnya

Inilah pengantinnya

Baru perasan, sorang baju oren, sorang lagi baju merah. jadiklah, janji dah kahwin kan. hoho

Bercanda ditepi jeti

Bercanda ditepi jeti

31 Mei 2009

12.30PM. Tarikh ini untuk majlis persandingan sebelah lelaki. Majlis ini agak meriah kerana meraikan dua pasangan mempelai yang bersanding secara bergu sambil menaiki kereta kuda bersama rombongan.

kereta kuda inilah yang dinaiki pegantin

kereta kuda inilah yang dinaiki pegantin

Hari juga berlalu seperti biasa seperti Silat depan pengantin, renjis-renjis, foto2 dan juga outdoor. Dan untuk outdoor shooting untuk hari ini, Ladang Tebu Chuping Perlis. Ladang tebu terbesar di Malaysia serta terpanas di yang penah direkodkan 40.1 Darjah Selsius.

Sanding Bergu

Sanding Bergu

7.00PM. Selesai je majlis, terus bergerak ke Penang semula untuk bermalam satu hari sebelum meneruskan perjalan ke KL.

1 Jun 2009

9.00AM. Berjumpa dengan bos lama tempat praktikal dulu serta makan nasi kandar Jamal Tariq, Tg Tokong, bersama beliau.

12.30PM. Asyik mengantuk je bila memandu berseorangan. Jadi mengambil keputusan untuk naik Feri Pulau Pinang dan tidur sehingga sampai ke tanah besar. ngahaha

Inilah feri sejak berkurun lama

Inilah feri sejak berkurun lama

Takde la tidur betul2. Sekadar baring lelap mata je. Dan meneruskan perjalanan. Tapi sebelum pulang ke rumah terchenta. Singgah sebentar di Is Kiwie Cafe yang terletak di Seberang Jaya yang menghadap bangunan KWSP.

Free WiFi

Free WiFi

Pemilik kedai ini merupakan salah seorang ahli Savoc NRU. Jadi singgahlah sebentar untuk berjumpa rakan-rakan serta minum-minum sebelum meneruskan perjalanan.

3.30PM. Memulakan perjalanan setelah mengepau Smart TAG kakak dan sampai dirumah pada pukul 8.30PM.

[savoc] Masjid Terapung Batu Feringghi

TT Report by Dr. Savvy
Taken from www.savocnru.net

just want to make it short. TT buka piuasa + tarawih hanya dapat disertai oleh saya, along & faizulzone yang akan meninggalkan bumi pulau pinang ini pada Sabtu ini. saudara Isz tidak dapat hadir kerana menghadiri majlis kematian, manakala saudara Farizman tidak dapat dihubungi. kami bertolak daripada astaka kayu nasi kandar pada pukul 6:30 petang dan tiba di perkarangan masjid terapung pada pukul 7:00 petang.

and then… kami pun pi la berbuka puasa di masjid. agak terkejut juga kerana jemaah yang hadir hanya dalam 2 meja. tiada nasi…. cuma sekadar kuih dan buah-buahan untuk mengalas perut. terdetik juga rasa di hati… di manakah jemaah yang sepatuitnya menghiasi suasana ramadhan disini? hmmmm…..

walau apapun… Alhamdulillah…segala juadah dinikmati dengan penuh rasa syukur dan terharu. “mungkin inilah rasanya bagaimana orang yang miskin menjalani hidup seharian”. Subhanallah.

selepas solat maghrib, kami meneruskan dengan aktiviti bergambar di perkarangan masjid sementara menantikan azan Isya’. Terima kasih kepada saudara Faizulzone… dapat jugak refresh dan mempertajamkan ilmu tangkap gambaq waktu malam nih..


seterusnya… masuklah waktu azan Isya’ bagi kawasan tanjung bungah dan kawasan-kawasan yang sewaktu dengannya. time tu… barulah ramai penduduk sekitar yang datang untuk mengimarahkan masjid pada malam tu. Alhamdulillah….

time bukak posa diaorang ni semua makan kat umah jaa kot nooo…

kat sini diaorang buat tarawih + witir 21 rakaat. kami ambik sampai 8 sahaja. hehehe…

pastu.. lepas kuar masjid… nampakla nizam mai sorang2. pastu…oleh kerana dok perasan yang along and Faizul dah lapar… kami pun pi la kat area batu feringghi di Bayu Senja. sampai kat sana… semua orang pun order la makan… termasukla saya sekali… hehehehe

tadak apa2 aktiviti kat sana. cuma makan dan sembang2 kosong jaa. dalam pukul 11:00 camtu… kami pun pakat nak pi PISA utk last photo session. tak jadi round island pasai takut tak larat….

time nak pi PISA tu… Isz pun datang join. Alkisahnya… terbabas la jugak nafsu pada malam tu utk tak nak bawak keta laju2. tapi apakan daya…. semua Nizam punya pasai. Keta along yang dipandu oleh saya ni tadak match kalu nak banding ngan Nizam dan Isz. adehhhh….

Notes:
Savoc = Savvy Owner Club