Temerloh Pahang
Entri ini bukan jalan-jalan cari makan punya. Entri kali ini mengenai seorang jurugambar perkahwinan yang telah melaksanakan tugas beliau ditemerloh pahang
4 Jun 2009
Sesi fotografi untuk majlis gambar ini sepatutnya dilakukan oleh Marlina, tetapi dia tidak mendapat cuti serta sukar untuk mencari penggati kerana hujung minggu sangat ramai yang kahwin sehinggakan hampir semua kawan-kawan seangkatan mempunyai tugas masing-masing.
11.00PM. Perjalanan bermula dari Puchong ke Temerloh dengan menaiki kereta Atos bersama pengantin dari rumah pengantin lelaki. Perjalanan mengambil masa 3 jam temerloh kerana Encik Robot memandu kereta dibawah 90kmj.
5 Jun 2009
10.00AM. Majlis bermula dengan sesi pertunangan. Majlis ini agak menarik kerana pengantin bertunang diwaktu siang dan bernikah diwaktu malamnya. Majlis berlangsung di Taman Sri Semantan, Temerloh.

Membaca doa setelah selesai majlis pertunangan
7.00PM. Malam telah menjelma. Pengantin kali ini, Boss dan Malin dinikahkan ditempat yang sama dengan tempat bertunang pagi tadi iaitu dirumah pengantin perempuan.

Pengantin tengah seram sejuk

eleley.. hepi la sangat. tadi seram sejuk
6 Jun 2009
8.00AM. Majlis hari ini bemula agak awal. Ianya bermula dengan Khatam Quran > Cukur Jambul > Marhaban.
12.00PM. Majlis diteruskan seperti biasa di majlis-majlis persandingan yang lain
4.00PM. Outdoor session! Sebenarnya telah beberapa hari memikirkan tempat outdoor yang menarik serta dekat dengan rumah kenduri. Akhirnya saya bertanyakan kepada Mak Andam tentang tempat-tempat yang menarik di Temerloh, seperti Esplanade Temerloh (Sungai Pahang) serta Taman Tasik.

bercanda diatas bot
Kelihatan bot disungai itu, jadi bot la menjadi mangsa untuk penggambaran kali ini. Inilah kali pertama saya menangkap gambar pengantin diatas air. Sangat mengujakan dan menyeronokkan.

Love from the sky
Seterusnya kami bergerak ke Menara Jam Temerloh. Disitu terdapat taman serta tumbuhan yang menghijau serta suasana petang yang romantis.
6.00PM. Akhir sekali kami minum-minum di Happy Fried Chicken untuk menghilangkan kesengalan badan-badan sambil menikmati ayam goreng dan seterusnya pulang untuk bersiap-siap pulang ke Puchong.
10.00PM. Rombongan pengantin lelaki bergerak pulang ke rumah bersama saya. Sampai umah. tido!




otai skang…..
Balas Komen Ini
Jun 7th, 2009
eleley
Balas Komen Ini
malu la i
Balas Komen Ini
Ape kabar Ejon. Ni yang jealous nie ko dapat gi Temerloh kat Pahang tu. Kampung aku kat Raub, jauh gak la dari Temerloh tu. Ape pun gambar majlis kahwin tu memang bes la…bodek ni
Balas Komen Ini
Ogos 8th, 2009
kabar baik. hoho..temerloh dekat je dgn highway.
Balas Komen Ini
Cayalah.. Gambar atas bot tu cun lah. Thumbs up.
Balas Komen Ini