Trip to Johor
dah bersarang blog ni sbb tak update, kali ni mempersembahkan trip to Johor. Actually bukan trip sgt pon sbb pegi sendiri. Ceritanya bermula begini, hari tu ketika lepak di mapley, kitorang kesangapan ketika memakan roti canai lalu berfikir ke mana hendak mengurangkan sangap disamping memenuhi ruang sebelum cuti, jadi kami mengambil keputusan untuk ke Endau Rompin. 2 jam kemudian kami bersiap-siap terus bergerak ke Johor bersertakan googleMaps yang telah diskrinshotkan.
Setelah 1 jam lebih perjalanan, kami berhenti rehat di R&R Jejantas Ayer Keroh. Ketika itu kami melihat kembali map yg telah diskrinshotkan itu, didapati jarak ke Endau Rompin lebih jauh dari JB, jadi kami mengambil keputusan utk terus ke JB.

Di masjid yang dah tak ingat nama. Merupakan tempat lawatan sambil belajar yang pertama. Belakang masjid tu ada tempat ladang ternakan Buaya Sultan Johor.

Danga Bay antara lawatan sambil belajar.

Jam matahari di Danga Bay. Kemudian bergerak ke Gunung Pulai, mencari hutan lipur Air Terjun. Jalan ke air terjun sgt mencabar kerana darjah kecerunan serta bengkak bengkok yg dasyat. Air terjun Gunung Pulai sebenarnya cantik tetapi sekarang tidak lagi kerana tempat itu telah ditutup untuk orang awam.
Kemudian pulang semula ke kl. begitulah trip ke Johor selamat satu hari ![]()


itu masjid sultan abu bakar kan? agagagaga.. ko leh lupe? len kali kalo lawatan sambil blaja kne buat catatan! :p
[Reply]
dah aku yg drive, mcm mana nk catat.. ngahaha
[Reply]
Wah.. senang2 je pegi Johor eh. Banyak duit korang. Hahaha. Kene ubah lifestyle weh, minyak naik. Wakakakaka.
Walaupun kampung aku kat johor, tapi dah 4 tahun aku tak balik.
[Reply]
reply on June 8th, 2008:
hohoh.. itu lifestyle sblum minyak naik..
skang ni dok rumah je la.. hoho
[Reply]
cis..
ngat boley jd org 1st yg komen..
mlas la cmni
bye
[Reply]
cis..
ngat boley jd org 1st yg komen..
mlas la cmni
bye
[Reply]
kalo nak jd org 1st komen, kena la lawat blog ni selalu.. hehe
[Reply]
Hoah gi JayBee (gedik tak tulis JayBee instead of JB)
Takkan snap gambar ni je?????
[Reply]
aah.. yg ni je..
snap satu gambar, “ok next station!”
begitu la sehingga balik.. hoho
[Reply]
aku nak tgk skrg ko wat lg tak xtvt lawatan smbl blajar ko tu..ngan keadaan minyak dh naik..klu ko wat gak…wa caya sama lu beb..hahahhahahaa….
[Reply]
reply on June 15th, 2008:
sebenarnya ada lagi lawatan sambil belajar, cuma tak update blog je.. hehe
[Reply]
itu masjid pasir pelangi rsnye kot yg ade ladang ternakan buaya tu. ade padang polo kah dekat situ?
[Reply]
ada.. padang polo tepi pantai
[Reply]
maka betul lah tu. huhu.
[Reply]
ko pakai slua skolah menengah ke? hijau semacam jek
[Reply]
hoho.. tu seluar khaki la, kaler je mcm tu
[Reply]