Trip to Sabah

Hai kawan-kawan. Apa khabar semua? setelah berkurun lamanya laman blog ini tidak dikemaskini. Entri pada kali ini mengisahkan perjalanan saya ke Sabah bersama Lyn dan Amei pada 17 Januari 09 > 19 Januari 09.

Tiket dibooking terlebih awal, 11 Ogos 08 dan kelihatan mcm terlalu awal. Ini kerana promosi Air Asia yg berlangsung ketika itu untuk mendapat kadar tambang yg murah.

Day 1: 17 Januari 09

Kami, saya dan lyn tiba agak lambat pada pagi itu di LCCT. Ianya mengakibatkan kami terlepas flight untuk julung-julung kalinya. Dah la tiket beli awal 6 bulan, tiba2 terlepas camtu. Tapi ianya tidak membataskan semangat kami untuk terus pergi ke Sabah dgn membeli tiket baru secara on the spot. Walaupun agak mahal tetapi ianya berbaloi.

sabah01
Pemandangan dari dalam pesawat

Perjalanan ke Sabah mengambil masa lebih kurang 2 jam 30 minit dgn air asia. Ketika itu cuaca agak baik dan langit kelihatan sangat cantik. Setelah perjalanan yang agak bosan dalam flight, kami pon mendarat di Terminal 2, Kota Kinabalu, Sabah. Shasha (kawan amei) bersama amei tiba di Terminal 2 untuk menjemput kami.

Jam ketika itu menunjukkan waktu 1.30pm, kami terus menuju ke Tune Hotel, 1Borneo untuk check-in bilik. Actually bilik itu telah ditempah secara online terlebih awal untuk saya seorang. Lyn dan Amei tinggal di hostel UMS untuk lebih kadar penjimatan setelah menghabiskan duit pada tiket tadi. Bilik di Tune Hotel agak sempit tetapi sesuai untuk sekadar tidur diwaktu malam dan pada kadar rm60 untuk 3 hari 2 mlm.

1Borneo merupakan pusat membeli-belah ala2 midvalley yang mempunyai hotel dan shopping centre dalam satu bangunan. Makan tgh hari di Rasamas. Menjamu perut yang belum dimasuki makanan sejak awal pagi.

Kemudian kami menghantar Shasha ke UMS dan bersiar-siar disekitar UMS.

sabah02
Jeti di UMS

sabah03
Menara Tun Mustapha

Seterusnya kami ke Menara Tun Mustapha dan seterusnya menuju ke Muzium Sabah. Kami tiba 4.45PM, agak lewat untuk memasuki muzium. Jadi kami hanya berada diluar sambil bersiar-siar disekitar muzium sahaja.

sabah04

Langit masih lagi cerah, kami pun menuju ke Pantai Tanjung Aru untuk menikmati pemandangan pantai sambil melayan jagung rebus. RM5 – 6 Jagung.

sabah05

sabah06

6.00PM, hari semakin gelap, bukan gelap kerana hujan, tetapi gelap kerana nak maghrib dan kami bergerak pulang ke hotel untuk berehat sebentar utk kembali berjalan-jalan pada malam hari.

Seterusnya, Pasar Philliphine! Syurga makanan laut. Sedap dan murah. Ikan Siakap Bakar, Udang Bakar dan Sotong bakar menjadi hidangan makan malam kami. Kedudukannya ditepi laut menjadikan suasana tidak panas dan sentiasa berangin sambil menikmati makanan yang menyelerakan.

sabah07

Setelah memenuhi tong-tong yg kosong, kami sempat singgah ke tempat org menjual mutiara dan kristal. Majoriti kedai disitu menjual barangan yang sama dan boleh menawar2 sehingga lebih dari separuh harga dan saya pulang ke hotel manakala Lyn dan amei ke hostel.

Day 2: 18 Januari 09

Target kami pada hari ni ke Kundasang untuk melihat Gunung Kinabalu dan Poring Hot Spring. Perjalanan bermula pada awal pagi kerana jarak dari Bandar Kota Kinabalu ke Kundasang agak jauh. Breakfast di McD ( mcm kat semenanjung takde). Setelah mengisi minyak kereta, kami pun bergerak ke kundasang berdasarkan map.

Setibanya di Berungis, kami menjadi sesat sebentar, nasib baik bawak laptop amei dgn 3g-nya menjadi penyelamat dan terus membuka Google Maps untuk mengenalpasti kedudukan kami dan jalan ke Kundasang. Perjalanan diteruskan. Iannya mengambil masa lebih kurang 2 jam mendaki. Patutnya boleh sampai laju lagi, tp disebabkan kereta yang kami sewa hanya kancil 660cc, tekan minyak sampai abes pon tak larat jugak.

sabah08

sabah09

Kami berhenti sekejap disebuah restoran dilereng bukit setelah kereta kancil itu berbau hangit setelah temperaturenya naik dan bergambar bersama2 kabus yg tebal seperti di Genting Highland. Perjalanan diteruskan dengan jalan yg berselekoh serta berlubang.

Sebelum sampai ke Kundasang, kami singgah sebentar di Kinabalu Park untuk menghayati nikmat alam semula jadi flora fauna.

sabah10

sabah11

Seterusnya perjalanan ke Kundasang hanya mengambil masa beberapa minit dari Kinabalu Park. Tibanya diKundasang, kami agak kecewa kerana tidak dpt melihat Gunung Kinabalu kerana kabus sgt tebal kerana sekarang musim hujan. Di kundasang, kami menjamu selera direstoran muslim disitu serta membeli buah digerai-gerai sepanjang bahu jalan.

Next destination, Poring Hot Spring, mengambil masa lebih kurang 40 minit dari Kundasang untuk tiba disitu. Pemandangan disitu sangat cantik dgn air terjun serta mata air panas pada tempat yg sama.

Sungai Mamut

sabah13

Ketika kami disitu, ianya didalam proses renovation, kecewa sekali lagi tidak dpt naik jambatan gantung.

Sekarang perjalanan pulang dari Poring ke Kota Kinabalu, ianya mengambil masa 4 jam.  Ini kerana tempat disitu gelap terlalu awl dan kabus semakin menebal sehingga menyukarkan perjalanan dan semakin tebal sehingga jarak penglihatan kurang dari 10 meter.

Sampai saja di Kota Kinabalu, kami menikmati makan malam di Chicken Rice Shop dan sebelum pulang, kami naik bukit utk melihat seluruh sabah diwaktu malam dan seterusnya pulang ke tempat tidur masing-masing.

Pemandangan Bandaraya Kota Kinabalu dari atas bukit
Pemandangan Bandaraya Kota Kinabalu dari atas bukit

Day 3: 19 Januari 09

Target hari ini, ke Pulau Manukan. Pagi itu kami terus ke Jeti Jesselton Point. Setelah berbincang sesama kami, kami terus memilih untuk pergi ke tiga pulau, Pulau Mamutik > Pulau Mamukan > Pulau Sapi.

kami terpaksa menunggu sehingga cukup penumpang sebelum menaiki bot ke pulau. Setelah cukup, kami bergembira menaiki bot. Maklumlah, hari-hari naik kereta, beberapa kali je naik bot. Ombak yang beralun mengakibatkan bot yg kami naiki melompat2. dan tiba di pulau pertama, Pulau Mamutik.

Pemandangan dari bot. Kelihatan pulau disitu
Pemandangan dari bot. Kelihatan pulau disitu

Ini bukannya indah khabar dari rupa, tp sememangnya pemandangan disini sgt indah dengan air yang jernih serta pasir putih yang halus dan sejuk.

Biarlah gambar menceritakan segalanya.

Jeti Pulau Mamutik. Kelihatan air yg jernih sehingga ke dasar
Jeti Pulau Mamutik. Kelihatan air yg jernih sehingga ke dasar

Seterusnya kami bergerak ke pulau kedua, Pulau Manukan. Pulau ini merupakan pulau terbesar diantara tiga pulau ini. Pemandangan mmg menakjubkan. Air yang jernih sehingga menampakkan batu karang serta pelbagai warna ikan dipermukaan laut.

Pasir putih tepi pantai.
Pasir putih tepi pantai.

Jelas kelihatan batu karang hampir dengan pantai
Jelas kelihatan batu karang hampir dengan pantai

Ini bukan tepi sungai, tp tepi pantai. Kelihatan batu-batu karang kecil dipesisiran pantaiIni bukan tepi sungai, tp tepi pantai. Kelihatan batu-batu karang kecil dipesisiran pantai

Next, Pulau Sapi. Jarak utk bersiar-siar dipulau ini kecil sahaja, namun pemandangan seperti di website tourism. Sangat cantik dan membahagiakan.

Jeti Pulau Sapi
Jeti Pulau Sapi

4.00PM, kami pun memanggil bot utk mengambil kami ke jeti kota kinabalu, sebelum sampai dijeti, pemandu bot tersebut dengan baik hati menawarkan untuk bersiar disebelah perkampungan atas air sebelum kami tiba di jeti.

Kanak-kanak diperkampungan atas air bergembira bermain
Kanak-kanak diperkampungan atas air bergembira bermain

Sesampainya di jeti, kami menuju ke Pantai Tanjung Aru untuk makan breakfast+lunch+dinner=bruncher. Hidangan ketika itu, Satay ayam, bakso dan Nasi Goreng Lalap.

Nasi goreng lalap. saya pun tak pasti apa beza dgn nasi goreng ayam
Nasi goreng lalap. saya pun tak pasti apa beza dgn nasi goreng ayam

setelah kekenyangan maksima, saya dan Lyn menghantar pulang Amei ke hostel dan memulangkan kereta sewa dan menaiki teksi ke Terminal 2 seterusnya ke Kuala Lumpur.

Walaupun perjalanan kami hanya 3 hari, namun pelbagai keseronokkan yang kami alami disana, namun saya merasakan masih terdapat byk lagi tempat menarik di Sabah yang belum kami jejaki. Mungkin lain waktu. Sesungguhnya masih terdapat tempat menarik di Malaysia. Bercutilah di Malaysia. Cuti-cuti Malaysia~

Related Link
- LynCreativo Blog

// for more images, add me on facebook.

Dibawah kategori Life, Photography · Dengan Tag , ,

Komen

13 Respon to “Trip to Sabah”
  1. nieja berkata:

    perghhhhhhhhhhh..
    betsnyeee…
    jeles jelessss..

    Balas Komen Ini

    Gravatar IconEjon berkata:
    Januari 28th, 2009

    @nieja, miahahaha

    Balas Komen Ini

  2. Nanie MK berkata:

    woh. ni lagi hebat.
    update blog terus tuka theme.
    ni yang totin patut sujud syukur kalau dah update. :lol:
    lameee gileeee wehhhh baru updateee…
    org lain ade fyp gakk… hahaha

    Balas Komen Ini

  3. Ejon berkata:

    dah lama sgt tak update, alang2 tu tuka theme terus la.. wakaka :razz:

    Balas Komen Ini

  4. Nanie MK berkata:

    eh lupe nak komen pasal entry :lol:

    best gilee gi sabah
    lawa gile pemandangan..
    bosannye dok rumah.
    dahla dok rumah, demam lak tu :cry:

    Balas Komen Ini

  5. nieja berkata:

    sujud syukur buat kali kedua la totin
    kahkahkah!

    ejon..
    jom la g lagiiiii..
    i nak joinnnnnn

    Balas Komen Ini

  6. napster berkata:

    gile seronok lahanat lawa la shial! *aku memaki seronok tanpa tarik napas* hahaha…
    hoi next time ajak!

    Balas Komen Ini

  7. Ejon berkata:

    lalalala…

    Balas Komen Ini

  8. chidori berkata:

    hoh tetiba kancil plate penang… :???:

    Balas Komen Ini

  9. Ejon berkata:

    tu la pasai.. punya pi jauh2.. last dpt keta plate penang.. ahahah

    Balas Komen Ini

  10. sabahan berkata:

    Hai..Pngunaan nama ”Pasar Philipin” xdak digunakn lagi.. Nama yg dgunakn skarang ialah ”Pasar Kraftngan Kota Kinabalu”.. TQ..

    Balas Komen Ini

Trackbacks

Check out what others are saying about this post...
  1. [...] untuk ke Kundasang dan Poring untuk melihat Puncak Gunung Kinabalu setelah terlepas peluang pada Trip Sabah yang [...]



Apakah difikiran anda?

Beritahu kami apa yang anda fikirkan...
dan juga, jika anda mahu gambar dipamerkan bersama komen anda, dapatkan di gravatar!