Wan Songkran สงกรานต์
Pada khamis yang lalu, saya bersama2 rakan2 sekelas serta lecturer memakai pakaian tradisional Thai untuk meraikan perayaan Songkran di MMU ni untuk staff lecturer bahasa lain. Perayaan ini merupakan perayaan Tahun Baru Thai ataupun dikenali sebagai water festival.
Orang yang muda akan mencurah air kepada orang yang lebih tua sebagai tanda meminta restu dari mereka. Tetapi pada kali ni, kami hanya merenjiskan air yang harum untuk mengelakkan daripada pejabat banjir.
Yang muda akan berkata “สวัสดีวันสงกรานต” (sa-wat-di wan songkran) kalau dialih bahasa secara langsung, ianya berbunyi “hello, tahun baru”. haha
tp ianya bermakna “selamat tahun baru”. Dan yang lebih tua akan berkata “สุขสันต์วันสงกรานต์” (suk-san wan songkran) yang bermaksud “Selamat menyambut Songkran” sebagai tanda memberi restu kepada yang muda.
Satu lagi budaya Asia yang dapat dipelajari seiring dengan frasa masyarakat majmuk. Hari Songkran kelihatan sangat menyeronokkan jika ianya diraikan besar-besaran.
Apa yang dapat saya perhatikan ketika meraikan Songkran, ianya kelihatan seperti hari raya dimana yang muda akan menyatakan rasa bersyukur kepada orang yang lebih tua kerana menjaganya dan orang lebih tua akan memberikan restu kepada orang yang lebih muda. Dari pernyataan yang diberitahu melalui lecturer bahawa orang Thai akan berasa sedih jika tidak dapat pulang ke kampung halaman ketika perayaan songkran.

Gambar diatas merupakan rakyat-rakyat yang sedang menuntut bahasa Thai. Pada mula memakai sedemikian rupa kelihatan agak janggal kerana corak yang datar serta seluar yang singkat. Tetapi ia tetap memberikan pengalaman yang bermakna kepada kami semua.


eh baru perasan.. aku la yg paling gelap dalam gambar kat atas.. ahaha
[Reply]
hahahahaa
yg paling lawak tu pic u laa ejon!!
dengan purple menyalaaa
hahaha
sluar senteng tak ble blah sungguh!~.
[Reply]
mmg pesyen dia camtu.. takleh wat ape dah.. hoho
[Reply]
wakhkahka..ejon.asal sua mu senteng?! hahah x cukup kain atau salah saiz?
[Reply]
wakhkahka..ejon.asal sua mu?! hahah x cukup kain atau salah saiz?
[Reply]
itu bukan tak cukup kain.. tp mmg pakaian tradisi derang camtu..
[Reply]
kekekekee.. mcm pahlawan melayu zmn dlu ade gak.. suar senteng.. .. weyyy.. klo ade main simbah air dah lame join.. ngeee.. usulkan la kat presiden :p .. (mau nye dia nak restu)
[Reply]
yg tu tableh.. mmu ni sep bajet sket.. nnt bazir air..
[Reply]